Monday, August 8, 2022

Sisa cecair sampah ancam Kampung Subak, Lambir

Secara Rawak

MIRI: Penyelaras PAS DUN Lambir yang juga Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo melahirkan kebimbangan terhadap tahap pencemaran air di Kampung Subak, Bekenu yang disifatkan tercemar dan tidak pada kualiti yang standard, berikutan wujudnya sisa di pusat pelupusan sampah yang gagal dibersihkan.

Ketika melakukan lawatan ke kawasan berkenaan baru-baru ini, Arifiriazul berkata, tahap pencemaran sisa kotoran di pusat pelupusan sampah ini agak menyedihkan, tidak berubah daripada yang diadukan pada Ogos tahun lepas.

” Keadaan ini membimbangkan penduduk di sekitar sini, kerana apaila dilihat pada sampel air dalam botol, ia nampak keruh.

Keadaan ini jelasnya, membuktikan pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang bertanggungjawab menguruskan fasiliti itu masih belum mengambil langkah pembaikan terhadap sistem pembentungan di tapak perlupusan sampah tersebut.

” Pada masa yang sama, penduduk di sekitar Kampung Subak dan beberapa kampung berhampiran masih lagi terganggu akibat bau busuk yang terhasil daripada tapak perlupusan sampah tersebut.

Sehubungan itu, katanya, PAS Lambir menggesa pihak Jabatan Alam Sekitar agar melakukan siasatan terperinci terhadap pencemaran air sungai ini akibat sisa cecair yang terhasil daripada tapak perlupusan sampah tersebut.

Pada masa yang sama, PAS Lambir menuntut penjelasan MBM berkaitan perancangan untuk memindahkan tapak perlupusan tersebut ke lokasi yang lebih selamat dan jauh dari penempatan penduduk di sekitar Kampung Subak.

PAS kata Arifiriazul, sentiasa memperjuang akan nasib rakyat agar terjamin daripada pencemaran akibat sisa kotoran pelupusan sampah yang boleh mengakibatkan kesihatan penduduk di situ terganggu.

” Kerjasama pihak berkaitan adalah dipohon untuk mengatasi masalah ini dengan segera,” tambahnya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru