Friday, June 25, 2021

Kembalikan kanak-kanak itu kepada polis, keluarga

Mesti baca

KUCHING: Polis Kuching malam tadi mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan hilang, di pekarangan rumah neneknya, berhadapan Arked Plaza Mara, Jalan Astana, dekat sini sekitar jam 1 petang semalam.

Ketua Polis Daerahnya, Asisten Komisioner Polis Abang Ahmad Abang Julai berkata, kanak-kanak tersebut dipercayai dilarikan oleh seorang penunggang motosikal, bersama-sama seorang wanita yang tidak dikenali.

pc culik 2

Laporan mengenai kehilangan kanak-kanak tersebut dibuat di Balai Polis Gita petang tadi oleh bapa mangsa, Suhini Abdullah, 36, sebelum laporan kali kedua yang berkaitan dengan dakwaan penculikan dibuat sekitar jam 9.43 malam, setelah bapa mangsa berjaya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup.

mangsa culikBerita kehilangannya kemudian tersebar meluas dalam media sosial.

Menurut Abang Ahmad, ketika kejadian, bapa mangsa yang bekerja sebagai penjaga stor meninggalkan kanak-kanak itu di rumah datuknya, sebelum menghantar emak mangsa untuk ke klinik kesihatan berdekatan.

Bagaimanapun sekembalinya ke rumah tersebut sekitar 1.40 petang, kanak-kanak tersebut didapati hilang.
Ketika hilang, Haiqal Haqimi Suhini (gambar) sedang memakai pakaian sukan berwarna biru muda berkolar hitam dengan tulisan Manchester City serta berseluar sukan sekolah berwarna biru tua.

Sementara itu, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di premis plaza tersebut, kanak-kanak ini pada mulanya didekati seorang wanita yang bertanyakan sesuatu ketika dia berada di pekarangan rumah datuknya.

Wanita bertudung putih tersebut kemudian dikatakan melambai ke arah beberapa kenderaan sebelum kembali mendapatkan kanak-kanak tersebut dan membawanya ke bibir jalan.

Wanita tersebut kemudiannya berjaya menahan sebuah motosikal dan kanak-kanak itu tanpa melawan kemudiannya diarah membonceng motosikal individu yang tidak dikenali itu, sebelum hilang.

Kata Abang Ahmad, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat bagi mengesan kanak-kanak terbabit dan mereka yang terlibat.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan visual terbabit, pihaknya percaya bahawa lelaki yang menunggang motosikal terbabit tidak berniat untuk melarikan kanak-kanak terbabit secara paksa.

“Oleh itu, kita merayu individu yang terlibat agar mengembalikan kanak-kanak terbabit, baik kepada keluarga mahupun di balai-balai polis berdekatan.

“Malah kami amat berterima kasih jika beliau dapat memaklumkan di mana dia menurunkan kanak-kanak terbabit,” jelasnya dalam sidang media khas di pejabatnya pagi ini.

Pada masa yang sama, Abang Ahmad turut memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya segera kepada balai polis berdekatan, atau menghubungi talian 082-244444.

“Semua balai polis dan kawalan sempadan telah dimaklumkan tentang kehilangan kanak-kanak ini dan meningkatkan kewaspadaan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan mana-mana individu atau memisahkannya daripada penjaganya yang sah. – Sarawakvoice.com

TERKINI: 4:44PM 29/3/2016

Kanak-kanak hilang dihantar balik dengan selamat, polis siasat semua aspek kejadian

KUCHING: Kanak-kanak yang dilarikan oleh seorang wanita dan seorang penunggang motosikal semalam hari ini dikembalikan ke kediaman keluarganya.

Haiqal Haqimi Suhini, 7 tahun, ditemui selamat tanpa sebarang kecederaan.

Mengesahkan perkara ini, Ketua Siasatan Jenayah Negeri, SAC Dev Kumar berkata, pihaknya kini sedang menemu bual kanak-kanak terbabit.

Maklumat lanjut selepas ini.

budak culik dah jumpa budak culik dah jumpa3

Secara Rawak

Artikel Terbaru