Tuesday, December 6, 2022

Abu Sayyaf culik 10 anak kapal Indonesia di Filipina, tuntut  US$1.07 juta

Secara Rawak


JAKARTA: Dua buah kapal Indonesia, kapal tunda Brahma 12 dan kapal tongkang Anand 12 yang membawa 10 anak kapal warganegara Indonesia, serta 7,000 tan batu bara telah dirampas kumpulan Abu Sayyaf di Filipina, dengan wang tebusan diminta sebanyak US$1.07 juta.

“Ketika dirampas, kedua-dua kapal dalam perjalanan dari Sungai Puting, Kalimantan Selatan, menuju Batangas, Filipina Selatan,” kata jurucakap Kementerian Luar RI, Arrmanatha Nasir, dalam kenyataan media, Selasa seperti dipetik akhbar Kompas dan Detik.com.


Kepada BBC Indonesia, Ketua Penerangan TNI Angkatan Laut, Kolonel Laut Edi Sucipto, berkata, kejadian pertama kali menimpa kapal Indonesia  di kawasan itu terjadi “di perairan Tawi-Tawi” di Filipina Selatan difahamkan berlaku 15 Mac lalu, dan hanya diketahui 26 Mac apabila pemilik kapal terbabit menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mengaku daripada kumpulan Abu Sayyaf,” kata Arrmanatha.

Abu Sayyaf  merupakan kumpulan pemisah yang terdiri daripada puak Islam garis keras  di sekitar kepulauan selatan Filipina, antara lain Jolo, Basilan dan Mindanao.

Lambang_TNI_ALKementerian Luar Negeri Republik Indonesia menegaskan Kapal Brahma 12 telah dilepaskan dan ketika ini berada di tangan pihak berkuasa Filipina, menurut akhbar itu lagi. Namun, kapal Anand 12 dan 10 anak kapal masih berada di tangan penculik.

Arrmanatha sebagaimana dipetik akhbar Indonesia, berkata, “dalam dua kali telefon antara penculik dan tahanan sejak  26 Mac, mereka meminta tuntutan sejumlah wang tebusan”.

Kementerian Luar, bagaimanapun, menurut laporan itu belum mahu mengesahkan  jumlah wang tebusan yang diminta, tetapi berdasarkan laporan yang beredar, Abu Sayyaf meminta tebusan sebanyak US$1.7 juta dengan memberi tarikh akhir pada 31 Mac ini.

Sementara itu, TNI Angkatan Laut berkata bersedia mengerahkan pasukan “kalau ada permintaan untuk membantu menyelesaikan masalah itu”.

Menurut Ketua Penerangan TNI Angkatan Laut, Kolonel Laut Edi Sucipto, selalu ada tinjauan wilayah penegakan kedaulatan di perairan Indonesia yang bersempadan dengan Filipina.

Untuk menangani kes itu, Menteri Luar Retno Marsudi terus berkomunikasi dan berkoordinasi dengan berbagai-bagai pihak terkait di Indonesia dan Filipina. Keutamaan yang dilakukan adalah untuk menyelamatkan 10 anak kapal itu, menurut laporan  pelbagai stesen TV Indonesia.

Syarikat perkapalan berkenaan telah menyampaikan kejadian  dan perkembangan kes itu  kepada keluarga.

Kedutaan  Indonesia di Manila, menurut Jakarta Post pula, sedang melakukan penyelarasan dengan pihak konsulat di Davao, dan dengan pihak berwajib lain di Filipina.- Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru