Friday, August 12, 2022

Adenan tutup mulut di Tasik Biru, tidak mahu jadi KM babo

Secara Rawak

KUCHING: Seperti diduga, Pengerusi BN negeri, Tan Sri Adenan Satem pagi ini menutup mulut daripada mengumumkan calon parti itu untuk bertanding di Dun Tasik Biru pada pilihan raya negeri akan datang.

Dalam majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) di Pusat Redeems, Singai – Apar dekat sini sebentar tadi, Adenan sebaliknya menyeru lebih 12 ribu hadirin yang hadir agar terus menyokong kepimpinan BN biar siapa pun yang dipilih.

“Sokong BN bermakna sokong untuk pilih Ketua Menteri, bukannya pilih Perdana Menteri.”

“Sokong agar aku dapat mandat lima tahun agik,” tegasnya.

Kata Adenan, beliau bukannya “tamak kuasa “memandangkan usianya yang sudah mencecah 72 tahun.

“Aku sik tamak. Lima tahun agik aku dan 77 tahun. Dah babo. Aku sik mok jadi Ketua Menteri babo.

“Semua dah kurasa. Jadi menteri dah. Jadi YB dah. Jadi MP dah. Jadi Ketua Menteri…jadi Gabenor jak belum…,” selorohnya sambil memberitahu jawatan itu sudah dimiliki orang lain, diikuti gelak ramai.

Kata Adenan, penting untuk beliau mendapatkan mandat penuh ini untuk meneruskan pelbagai keputusan-keputusan yang membantu rakyat meningkatkan taraf hidup.

“Aku mauk carik banyak duit untuk negeri tok. Sebab ya aku bait dengan Perdana Menteri, Najib Razak.

“Mun sik bait dengannya, sik kawan dengannya… lalu sik dapat apa-apa. Macam abu duak sudu,” tambahnya.

Adenan menjelaskan, selama enam tahun sebagai Perdana Menteri, Najib telah berkunjung ke negeri ini hampir 50 kali dan menyalurkan peruntukan lebih RM3 bilion.

Sementara itu, penyandang kerusi tersebut, Datuk Nansian merupakan Adun untuk Tasik Biru selama empat penggal sejak 1996.

Peter Nansian Ngusie
Peter Nansian Ngusie

Dalam ucapannya sebelum itu beliau berikrar akan terus menyokong dan bersama-sama parti itu baik dicalonkan semula mahupun tidak berada dalam tim Adenan.

“Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada pemimpin yang terbaik dan berjiwa rakyat ini (Adenan).

“Terserah kepada kebijaksanaan beliau untuk memilih siapa yang terbaik untuk mewakili Tim Adenan,” katanya lagi.

Pada 2011, menang dengan majoriti 2072 undi setelah memperoleh 5,829 undi, menewaskan John Tenewi Nuek (PKR) 3,757 undi dan Frankie Jurem Nyombui (SNAP) 825 undi.

Henry Harry Jinep
Henry Harry Jinep

Adenan akan menghadiri satu lagi majlis yang sama di Bau pada Rabu, yang dianjurkan oleh parti SPDP dan calon potensinya, Datuk Henry Harry Jinep.

Antara yang hadir dalam pertemuan ini termasuklah Adun Opar, Ranum Mina dan bekas Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru