Saturday, May 21, 2022

Najib terus bawa berita baik dalam kunjungan ke-48 ke Sarawak

Secara Rawak

SIBU: Kembali ke Sarawak untuk kali ke-48, Perdana Menteri sekali lagi tidak membawa tangan kosong, sebaliknya terus membawa berita baik dengan menyalurkan peruntukan untuk membantu 2.7 juta rakyat negeri ini.

Sejak menjadi Perdana Menteri ke-6 pada 2009 lalu, Datuk Seri Najib Razak dianggap Perdana Menteri paling kerap ke negeri ini. Dijangka menjelang pilihan raya akan datang beliau akan semakin kerap mengadakan lawatan ke pelbagai tempat termasuk di luar bandar dan pedalaman bagi menemui rakyat pelbagai kaum, seterusnya memahami masalah dan aspirasi mereka.

Langkah berterusan, bagi beliau amat penting untuk meneruskan pembangunan kerana “perjalanan membangunankan negara memerlukan masa yang panjang.”

Justeru, Najib mengingatkan sokongan padu berterusan daripada rakyat di Sarawak kepada Barisan Nasional (BN)  adalah penting.

“Tidak boleh selesai dalam satu penggal dan kita sekarang dalam perjalanan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju,” katanya di hadapan kira-kira 2,000 warga emas di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Santai Bersama Warga Emas di sebuah hotel anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka.

Gandingan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat merupakan adunan terbaik bagi memastikan Sarawak dan Malaysia terus membangun.

Malah, katanya, di bawah kepemimpinan BN terdapat kerjasama antara wakil rakyat, kerajaan negeri dan kerajaan pusat  yang berazam untuk menolong, membawa negara dan Sarawak ke arah keadaan yang lebih baik.

Mengulangi komitmen kerajaan pusat pimpinannya untuk terus membangunkan Sarawak agar seiring dengan negeri-negeri lain, Najib berkata perubahan dilakukan BN tidak sama dengan yang dijanjikan pembangkang.

BN, katanya, membawa pembangunan  secara teratur dan tersusun, sebaliknya pembangkang mahu perubahan mendadak.

Dr Annuar Rapee
Dr Annuar Rapaee

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Nangka ialah Dr Annuar Rapaee, dan beliau bakal mewakili PBB-BN dalam pilihan raya akan datang.

Dalam pilihan raya negeri lalu, beliau meraih 7,710 undi, dengan undi popular 75 peratus, untuk menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Norisham Mohd Ali yang meraih 2,408 undi (23.4 peratus).

Dr Annuar mendapat 4,302 undi majoriti daripada 10,270 pengundi yang turun mengundi. Sebanyak 72.3 peratus pengundi turun mengundi daripada jumlah keseluruhan 14,197 pengundi berdaftar di kerusi terbabit. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru