Sunday, November 27, 2022

Sel Daeish digempur, 15 ditahan rancang bina bom, serang Malaysia

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Melancarkan serangan terhadap Malaysia serta mendapatkan bahan kimia untuk membuat bom dikenal pasti menjadi misi utama sekumpulan 15 anggota militan Daiesh yang ditahan polis, dalam satu operasi khas pada selama dua hari bermula Rabu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan media berkata, pada masa yang sama, kumpulan yang mendapat arahan daripada anggota kumpulan pengganas Daiesh Malaysia di Syria, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi, ini turut bertindak mengatur gerak aktiviti penyusupan dua saspek warga asing dari negara ini ke sebuah negara Asia Tenggara.

” Mereka turut mengumpul dana bagi disalurkan kepada kumpulan militan gabungan Daeish di Selatan Filipina selain mengumpul dana untuk rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan di Syria.

Jelas Khalid, selain menggodam laman web kerajaan Malaysia dan menjalin hubungan kerja dengan kumpulan pengganas serantau di Asia Tenggara, kumpulan ini turut merekrut dan menghantar rakyat Malaysia ke Syria.

Sehubungan itu, katanya satu operasi bersepadu oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas digerakkan dan beberapa lokasi sel ini yang telah dikenal pasti digempur.

” Hasil serbuan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan ibu negara selama dua hari itu, polis berjaya menahan 11 saspek lelaki dan empat saspek wanita yang berusia sekitar 22 hingga 49 tahun.

” Antara yang ditahan termasuklah seorang pelajar, seorang juruteknik pesawat, seorang anggota polis dan seorang imam masjid,” katanya.

Kesemua saspek tambah Khalid, ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab IV (a) – Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 154).

” Mereka akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma,” tambahnya. – Sarawakvoice.com

ISIS KL 2 ISIS KL 3 ISIS KL ISIS KL 11 ISIS KL 4 ISIS KL 5 ISIS KL 8 ISIS KL 9 ISIS KL 10 ISIS KL 11 ISIS KL 12

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru