Mawan lepaskan kerusi Pakan, mungkinkah jadi Menteri Kabinet Persekutuan

0
142

PETRA JAYA: Untuk sekian kali Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) Tan Sri William Mawan Ikom membayangkan kemungkinan akan melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri Pakan yang dikuasainya, dalam plihan raya akan datang.

Pilihan raya itu dijangka diadakan seawal-awalnya 30 April dan selewat-lewat 14 Mei ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri parti serpihan Parti Progresif Demokratik (SPDP) itu dalam satu kenyataan berkata, beliau bersedia memberi laluan kepada calon lain, dan menumpukan perhatian kepada Parlimen Saratok yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum lalu.

PEKAN PAKAN-0000

“Saya mempunyai beberapa komitmen, termasuk sebagai menteri kanan di peringkat negeri, selain Ahli Parlimen Saratok. Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada satu pusat pentadbiran bagi memastikan tugas di akar umbi, lebih lancar,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media di satu majlis di sini, semalam.

Ketua Menteri pernah menyatakan, peraturan umum adalah memberi hanya satu kerusi kepada calon, dan tidak boleh kedua-dua kerusi DUN atau Parlimen.

Jika hal ini berlaku, pemerhati politik berkata, lebih baik untuk pemimpin terbabit hanya menumpukan perhatian kepada satu kerusi, kerana jika mewakili kedua-dua kerusi, itu amat membebankan, apatah lagi jika seseorang itu mempunyai jawatan menteri.

Adakah beliau akan dilantik menjadi Menteri Persekutuan, sedangkan Teras bukan parti komponen BN? Atau langkah ini membawa beliau ke jalan mati dari segi politik?

Mawan pernah dipetik sebagai berkata, beliau akur dengan keputusan kepemimpinan negeri, kerana dia tidak boleh putuskan sendiri kedudukannya. Beliau berkata, beliau bertanggungjawab terhadap para penyokongnya.

Antara nama yang disebut-sebut sebagai pengganti di Pakan bagi mewakili Teras ialah anak lelakinya, Jakson, pengerusi Teras cawangan Pakan, yang lebih dikenali sebagai Igat dalam kalangan masyarakat tempatan di pekan pedalaman itu.

PAKAN MAP-0000

“Saya percaya jika dia diberi peluang bertanding sebagai calon BN, dia lebih mampu menang daripada saya. Ketepikan gurauan, dia telah bergerak di akar umbi,” Mawan yang juga Ahli Parlimen Saratok dipetik sebagai berkata.

Dalam pilihan raya 2011, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bertanding di 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) 9 kerusi, manakala Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) 8 kerusi.

Dalam pilihan raya negeri lalu, Mawan meraih 3,938 undi (58%) menewaskan Tadong anak Gunda daripada SNAP yang mendapat 2,741 undi (40.4%). Mawan mendapat majoriti 1,197 undi daripada 6,785 undi. Sebanyak 73.2% daripada 9,274 pengundi turun mengundi.

SPDP yang diterajui Menteri Pembangunan Sosial itu tewas di dua kerusi. SPDP, pemegang asal kerusi itu, dikatakan bakal menampilkan Dr Jawi Jinggut sebagai calon, sebagaimana diumumkan pengerusi SPDP Pakan, Ting Kiew Ming, November lalu.

SPDP turut bertanding di kerusi Batu Danau, Bekenu, Marudi, Tasik Biru, Meluan, Krian dan Ba Kelalan pada 2011. – Sarawakvoice.com