Sunday, June 26, 2022

Majalah lucah Playboy tampil foto pelakon seksi, menghitung hari

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Playboy Enterprises, pemilik majalah Playboy dikatakan sedang bercadang untuk menjual majalah yang kerap menyiarkan gambar bogel dan seksi  wanita cantik.

playboy 1Pelbagai sumber berkata Hugh Hefner, yang mengasaskan syarikat penerbitan majalah terkemuka kegemaran lelaki itu, berkata syarikat terbabit dianggarkan bernilai sekitar RM2 bilion.

The Wall Street Journal, akhbar kewangan antarabangsa,  yang pertama kali melaporkannya, berkata langkah menghentikan penyiaran gambar lucah adalah kerana majalah itu sudah menjadi ketinggalan zaman apabila muncul begitu banyak bahan dan laman lucah di internet.

Difahamkan, edaran majalah  itu menjunam daripada 5.6 juta naskhah pada 1976 kepada hanya sekitar 800,000 naskhah kebelakangan ini.

Kini penggemar foto dan video lucah begitu mudah mengakses bahan tersebut melalui internet dan Youtube, menyebabkan Playboy hampir  tidak lagi relevan.

pbKetika pertama kali muncul di pasaran pada 1953, Hefner sebagai penerbit meletakkan gambar seksi Marlyn Manroe, pelakon kegilaan dunia ketika itu, sehingga menjadi sensasi dan pantas menangkap imaginasi lelaki, lalu memungkinkan Hefner dan majalah seks itu melantun ke papan atas. Ia dilahap pembaca sehingga 54,000 naskhah berharga 50 sen cepat habis di pasaran Amerika.

Pada awal Januari 2011, Wall Street Journal (WSJ) membuat laporan bertajuk “Playboy agrees to be private by Hefner”.

Pada awal penerbitan Playboy,  modelnya Playmate yang ‘nakal’ disampaikan dengan halus. Dengan muka terkejut para model, dalam keadaan basah kuyup sedang berganti pakaian atau keluar dari kamar mandi dengan bahagian tertentu tubuh mulus dan mungil masih tertutup, menyerahkan selebihnya kepada imaginasi lelaki.

Pada dekad 1970-an gambar yang ditampilkan semakin berani dan mencabar keimanan lelaki.

Edisi Playboy yang terlaris ialah edisi November  1972  dengan jualan 7.1 juta naskhah dengan menampilkan Pam Rawling di halaman muka. Kini majalah itu diterbitkan di 20 negara, termasuk di  negara jiran, Indonesia.Popular-Indonesia-Februari-2014

Indonesia bersikap agak terbuka dengan membenarkan penerbitan majalah yang separa lucah seperti Popular yang sering menampilkan foto ghairah pelakon dan penyanyi terkemuka negara itu.  

Banyak negara jiran melarang edaran Playboy kerana dianggap lucah dan melanggar nilai agama dan budaya. Namun, di negara asalnya, ia tidak dijual di sebarang kedai. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru