Sunday, August 14, 2022

Dendam kesumat punca tiga lelaki belasah pelajar tingkatan 5 di Mukah

Secara Rawak

MUKAH: Dendam yang tidak berkesudahan menyebabkan seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah dekat sini, parah dibelasah tiga lelaki dalam kejadian di asrama sekolah itu, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa pelajar tingkatan lima lebam di muka  dan cedera di mulut.

Menurut sumber, kejadian berlaku dalam asrama pelajar itu apabila tiga lelaki masuk menceroboh asrama.

Katanya, dua daripada lelaki itu telah membelasah mangsa menggunakan tangan dan kaki.

“Rakan sebilik mangsa yang menyedari kejadian segera memaklumkan mengenai pergaduhan itu kepada ketua warden.

“Ketua warden meleraikan pergaduhan dan menghalau lelaki terbabit keluar dari kawasan sekolah,” katanya.

Katanya, ketua warden itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Mukah dan menghantar pelajar ke Hospital Mukah untuk mendapatkan rawatan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di mulut dan lebam di muka.

“Kejadian dipercayai berpunca dari dendam di luar sekolah. Bagaimanapun,  siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya.

Sementara itu, polis mengesahkan kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru