MIRI: Ketua Menteri pertikaian dan pertelagahan dalaman membabitkan pengagihan kerusi dan pemilihan calon membabitkan beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) segera dihentikan.

Beliau sedar  jika masalah dalaman tidak dikekang, ia boleh membawa akibat buruk kepada BN. Justeru, untuk beberapa minggu terakhir beliau meminta parti terbabit mencari jalan damai.

“Sebagai pengerusi BN Negeri saya mempunyai  kata akhir tentang siapa bakal menjadi calon BN bagi setiap kerusi,” kata Adenan.

Sekali lagi dalam pertemuan tertutup di utara Sarawak, beliau mahu mereka kembali ke meja perindingan dan kompromoi.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan pemimpin akar umbi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini pada malam Rabu lalu.

Ketua Menteri mahu BN dapat menakluki kerusi yang kini digenggam pembangkang, justeru mahu memastikan segala perbalahan dihentikan. Untuk beberapa minggu ini, beliau telah mengumumkan nama calon peringkat demi peringkiat.

Beliau mahu memastikan calon yang ditampilkan terdiri daripada mereka yang terbaik, demi kemenangan BN.

Hampir dalam setiap ucapan, termasuk melalui siaran langsung TV1 pada 26 Februari lalu, beliau mengingatkan pemimpin parti komponen itu untuk segera berunding dan berkompromi.

Menyentuh tentang cabaran menjelang pilihan raya nanti, beliau mengakui bahawa terdapat pemimpin politik yang degil dan enggan berkompromi. “Kata dia, kata dia juga. Namun, akhirnya saya sendiri dan Perdana Menteri yang akan buat keputusan. Takkan BN hendak benarkan dua tiga orang bertanding di satu kawasan. Mereka boleh kata apa yang mereka hendak kata, tetapi saya yang akan buat keputusan akhir,” tegasnya dalam siaran langsung sempena ulang tahun kedua beliau menjadi Ketua Menteri.

Menyedari begitu banyak yang mahu tampil sebagai calon, dan berlaku lobi-melobi yang sengit, hal ini bagi beliau membuktikan keyakinan mereka bahawa lambang BN ialah lambang yang memungkinkan kemenangan.

“Saya punya kuasa untuk menentukan siapa berhak memakai lambang itu,” tegasnya.

Sehubungan itu, Pengerusi BN Sarawak itu berkata, Perdana Menteri sebagai Pengerusi BN Pusat telah memberi kuasa kepadanya untuk memilih calon BN bagi menghadapi pilihan raya ke-11 nanti, sekali gus tidak akan campur tangan dalam keputusannya.

Justeru, beliau mahu semua parti komponen BN Negeri memberi sokongan padu kepadanya dalam menentukan calon terbaik.

BN Sarawak terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Untuk pilihan raya yang dijangka 7 Mei depan, 82 kerusi bakal ditandingi, pertambahan 11 kerusi ekoran proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya tahun lalu.

Pada pilihan raya 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi, DAP 12, PKR 3, dan calon Bebas 1. BN menguasai 55 peratus undi popular, dan dijangka dalam pilihan raya akan datang, ia akan dapat mengukuh sehingga sekurang-kurang 60 peratus.

BN Negeri berdepan pertelagahan dalaman antara SUPP-Parti Rakyat Bersatu (UPP), dan SPDP-Teras. UPP dan Teras merupakan parti serpihan ekoran konflik kepemimpinan berlaku dalam parti asal.

Ketika ini, SUPP dan UPP, serta SPDP dan Teras enggan bertolak ansur, dan jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, ia mungkin akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi kerusi terbabit, terutama di bandar. DAP akan mendapat manfaat jika berlaku pertembungan tiga penjuru nanti. Beliau mengakui ramai yang berebut hendak jadi calon, dan hal ini membuktikan kekuatan BN.

Bagi menyelesaikan masalah perebutan kerusi antara parti terbabit, pengerusi BN negeri itu berkata, beliau akan kemukakan calon langsung yang mampu menang, dan selepas itu calon terbabit boleh memilih parti yang hendak disertai.

Untuk kerusi utara, Adenan mengumumkan Senadin, Piasau dan Pujut diserahkan kepada SUPP. – Sarawakvoice.com