Munafik terus mengamuk untuk dapat RM17 juta

KUCHING: Munafik tidak munafik. Filem arahan Syamsul Yusof memaparkan tentang kisah seorang ustaz yang mengamalkan perubatan Islam, terus mengamuk di pawagam.

Dengan izin Allah, filem  arahan beliau telah pecah rekod dalam dunia  perfileman dengan mencatat RM17 juta hanya daa tempoh 26 hari di Malaysia, Singapura dan Brunei.Munafik hanya beberapa langkah sahaja lagi untuk menewaskan Polis Evo, rekod terbaik dalam  dunai filem yang mencatatkan RM17.3 juta sesudah 42 hari tayangan. Ola Bola pula meraih RM16 juta selepas 39 hari ditayangkan.

“Alhamdulillah. Masih hangat di pawagam sekarang. Ada lagi dua minggu di pawagam, “ kata penerbit itu dalam catatan terbaharu Facebooknya.

Kini, Syamsul sedang mengerjakan umrah di Makkah dan dijadualkan kembali ke tanah air pada hujung minggu ini.

Kata Syamsul: “Akhirnya termakbul doa…jauh di sudut hati ingin sekali aku melihat filem Islamik dakwah dilihat sebagai antara filem berjaya di Malaysia.”

“Jangan sesekali kita waswas dengan kuasa Tuhan. Allah maha mendengar doa juga rintihan semua hamba.Menangislah wahai Mata untuk Tuhanmu!” tambah beliau.
.
Beliau berkata, yakinlah dengan doa hamba pada Tuhan di mana sahaja terutamanya di bumi penuh barakah dilimpahi rahmat ini. Mekah di hadapan Kaabah juga Raudah Madinah.

Moga kejayaan ini membuatkan hati kita semua semakin kuat iman iman, taqwa dan jagalah…jagalah hubungan dgn Tuhan. Moga Allah reda dengan kejayaan ini.Takbir,” katanya

Dalam satu catatan sebelumnya, penerbit filem itu berkata, “ Aku tahu kehidupan ini  bukanlah sebuah filem yang boleh kita tentukan permulaan dan pengakhirannya.”

Bagi  Yusof, setiap insan mendambakan pengakhiran hidup yang indah, Cuma bezanya insan yang manakah benar-benar  menyerahkan dirinya bulat-bulat pada Tuhan.

“Insan yang manakah antara kita benar-benar mahukan keredaan Tuhannya, tidak hanya ucapan di bibir tetapi hati yang ikhlas tunduk dan malu,diri dipenuhi rasa maha daif di sisi Tuhannya,” katanya.

“Kejayaan dan kekayaan bagaimana yang kita mahukan? Hanya di dunia ini sahaja atau akhirat yg hakiki itu yang kita kejari? Tanyalah hati kita setiap hari,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, ayah Syamsul, Datuk Yusof Haslam berkata, permintaan tinggi terutama daripada para penonton di Sarawak dan juga Sabah, telah membolehkan filem seram Munafik yang mula ditayangkan 25 Februari lalu bertahan di pawagam.

Penerbit filem itu berkata, daripada 90 pawagam menjadi 112 dan pada minggu kedua, dan terus meningkat kepada 117 pawagam.

“Pada minggu ketiga ini, ada beberapa pawagam bebas di Sabah dan Sarawak turut membuat permintaan, menjadikannya 120 pawagam sehingga kini,” katanya.

Beliau bersyukur kerana sambutan penonton terhadap filem Munafik sangat luar biasa.

Yusof berkata  beliau yakin kutipan akan mencecah RM16 juta di Malaysia sahaja.

“Kami turut mendapat maklum balas sangat baik daripada penonton di Singapura dan Brunei yang menyukai pendekatan Islamik diterapkan menerusi filem ini.

“Setakat ini, kutipan kasar diterima daripada dua negara itu mencecah RM1.4 juta, menjadikan kutipan keseluruhan RM15.4 juta bagi 21 hari tayangan,” katanya.

7n_nabilahudatakfikir00
Nabila Huda

Munafik merupakan filem ke-39 terbitan Skop,  menampilkan bintang seperti Syamsul Yusof, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz, Dato Rahim Razali, A.Galak, Zarina Zainordin, Ruzlan Abdullah.

Menurut myinfotaip, filem itu mengisahkan Adam (Syamsul Yusof) yang dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. – SARAWAKVOICE.COM