Rakyat Sarawak dicekup Polis Indonesia seludup 60 butir peluru

KUCHING: Kerana memenuhi pesanan rakannya, seorang rakyat Sarawak ditahan Polis Indonesia, Sabtu lalu kerana cuba menyeludup masuk 60 butir peluru hidup ke negara tersebut.

seludup peluru 2Lelaki terbabit, Fabian Law, 52, sebelum itu membeli peluru itu pada harga RM6 sebiji di bandar raya ini dan menyembunyikannya di dalam kenderaan van Nissan Urvan yang dipandunya ketika membawa lima pelancong Singapura melawat ke kawasan Kapuas Hulu.

Bagaimanapun, cubaan Fabian berjaya dihidu oleh pihak berkuasa Kastam Indonesia di pintu sempadan di Nanga Badau, Kalimantan Barat, dan beliau kemudiannya diserahkan kepada pihak keselamatan di negara itu untuk tindakan lanjut.

Difahamkan pihak berkuasa Malaysia masih menunggu maklumat lanjut mengenai penahanan lelaki yang berasal dari Jalan Sungai Maong Tengah, dekat sini ini itu, memandangkan kes tersebut adalah kategori kesalahan jenayah berat di negara tersebut.

Difahamkan Konsulat Jenderal Malaysia di Pontianak telah dihubungi berkaitan kes ini.

Lima warga Singapura yang ditahan sama sebelum ini bagaimanapun dibebaskan kemudian kerana tidak memiliki kaitan dengan kes ini. – SARAWAKVOICE.COM

593df5fd-0482-4ecb-b7be-c7cc0f2e9697