BAU: Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam menahan seorang lelaki berusia 58 tahun kerana menternak 16 ekor buaya dalam ladang babi miliknya di Jalan Sungai Pinang di sini.

Menurut Pegawai Pemerintah batalion tersebut, Superintendan Soh Hock Seng, dalam serbuan yang diketuai ASP Mohd Mazlan Mohd Ariff pada jam 3 petang itu, polis turut merampas 16 ekor buaya ini yang bersaiz di antara 12 dan 20 kaki.

landang babi 3“Kejayaan ini adalah hasil maklumat awam dan intipan anggota selama seminggu sebelum serbuan ke lokasi dilakukan.

Kata Hock Seng, siasatan awal pihaknya mendapati pusat penternakan babi itu tidak memiliki lesen untuk membela reptilia berkenaan.

“Oleh itu pemilik telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Bab 26 Seksyen 29 (2),” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati buaya ini adalah daripada spesies air masin dan ganas.

“Ia diternak untuk tujuan melupuskan bangkai babi yang mati di ladang tersebut.

Dianggarkan, ladang tersebut menternak 3,000 ekor babi.

Meski cara melupuskan bangkai babi tersebut dapat menjimatkan masa namun ia amat berisiko kerana wujudnya beberapa kampung di kawasan berhampiran, katanya lagi. – SARAWAKVOICE.COM

ladang babi 3