Sunday, January 23, 2022

Setiap waris MH17 terima bantuan RM20 ribu

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani berkata, kerajaan akan memberi bantuan kewangan secara sekali gus atau “one-off” kepada semua waris penumpang dan krew pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine pada 17 Julai dua tahun lalu.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan itu semasa mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Mac lepas.

” Bantuan berjumlah USD5 ribu atau RM20 ribu itu diberikan kepada semua waris penumpang warganegara Malaysia termasuk anak kapal yang terlibat,” kata Rohani dalam satu kenyataan kepada media lewat petang ini.

Perdana Menteri katanya, berharap bantuan tersebut akan dapat meringankan beban kewangan dan emosi yang dialami oleh mereka (keluarga mangsa) akibat kehilangan ahli keluarga dalam nahas tersebut.

” Kerajaan tidak pernah lupa akan kebajikan mereka dan sentiasa prihatin dengan kesulitan yang dihadapi.

” Penyaluran bantuan kewangan ini akan diuruskan oleh kementeriannya dalam masa terdekat.

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat tambahnya, sentiasa mengambil berat akan kebajikan waris penumpang dan krew dan bersedia menghulurkan bantuan dari segi khidmat kaunseling.

” Ini dilakukan melalui kaunselor terlatih Lembaga Kaunselor KPWKM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada 17 Julai 2014, pesawat Penerbangan Malaysia MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 krew yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh, dan mengorbankan semua sekali penumpang dan anak kapalnya.

Pesawat Boeing 777-200ER itu terputus hubungan kira-kira 50 km dari sempadan Ukraine–Russia dan terhempas berhampiran Torez di Donetsk Oblast, Ukraine. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru