Friday, December 3, 2021

17,000 warga kita kahwin dengan wanita China, tak didaftar

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kini terdapt kecenderungan lelaki Cina Malaysia untuk mengahwini  wanita dari negara China, bukan sahaja kerana kebanyakan mereka muda, tetapi cantik-cantik dengan kulit mulus dan tubuh gebu.

Tidak hairanlah, ada yang kahwin diam-diam, dengan tidak mendaftar, dengan dipercayai sebahagian mereka mengambil risiko.

Ketika menggulung titah ucapan Yang di-pertuan Agong di  Dewan rakyat semalam, Timbalan Perdana Menteri berkata, kini terdapat sekitar 17,000 warga Malaysia bernikah dengan wanita China dalam tempoh lima tahun, dari 2011 hingga 2015.

Risikonya, jika perkahwinan tidak didaftarkan, anak pasangan terbabit juga  tidak mungkin dapat didaftarkan, dan ini memberi implikasi besar dari segi kewarganegaraan dan masa depan anak tersebut, dari segi pendidikan dan pekerjaan kemudian hari.

Kes tersebut hanya dapat dikesan apabila bapa atau keluarga terbabit mahu mendaftarkan dan mendapat pengenalan diri kanak-kanak itu, kata  Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Anak hasil perkahwinan berkenaan tidak berdosa, dan mereka tidak sepatutnya dibebankan dengan permasalahan berhubung pendaftaran serta mendapatkan kad pengenalan diri,”katanya.

Beliau berkata, kini kes terbabit diselesaikan mengikut kesesuaian dan keutamaan satu per satu.

Bagi tempoh terbabit, beliau berkata, 11,623 kes perkahwinan antara dua warga negara itu didaftarkan, dengan lebih 9,000 anak yang dilahirkan sudah didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru