Monday, August 8, 2022

UEC: Adenan terus berbeza pendirian daripada Kerajaan Pusat

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Pelajaran ketika ditanya media di Kuching semalam cuba mengelak daripada menjawab soalan berkaitan dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), sama ada universiti awam di negara ini akan mengiktiraf sijil terbabit.

Beliau ditanya sama ada akan kerajaan persekutuan yang mempunyai bidang kuasa terhadap perkara tersebut, akan nmengubah dasarnya terhadap syarat kemasukan ke universiti dengan mengiktiraf  UEC.

Beliau berbuat demikian untuk mengelak daripada dilihat membuat pendirian yang bercanggah dengan keputusan Ketua Menteri.

Kerajaan Sarawak  telah bersetuju mengiktiraf UEC sebagai syarat untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan memasuki pusat pengajian tinggi awam negeri Universiti Malaysia Sarawak. Malah, ia telah mengambil tindakan mengeluarkan iklan jawatan kosong  dalam akhbar Cina tempatan beberapa hari lalu menyatakan pemegang UEC boleh memohon, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan negeri terhadap janjinya.

“Saya harap mereka akan ubah dasar, tetapi kalau tidak, ini tidak akan menjejaskan kita,” katanya.

Ketua Menteri berkata, sama ada kerajaan persekutuan  mengiktirafnya atau tidak, hal itu terpulang kepada mereka.

“Bagi kerajaan Sarawak, ini ialah soal negeri”

Langkah itu menjadikan Sarawak negeri pertama mengiktiraf sijil yang dikeluarkan oleh Sekolah-sekolah Menengah Bebas Cina (MICSS) itu.

UEC ialah kelayakan sekolah persendirian Cina, sama seperti STPM.

Lepas sekolah persendirian Cina perlu mendapatkan kredit dalam Bahasa Melayu untuk memasuki perkhidmatan awam dan universiti.

Putrajaya tidak menerima UEC sebagai syarat untuk menyertai universiti awam, kerana ia dikatakan gagal mengikuti dasar-dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan.

Langkah Adenan itu dilihat akan memberi kelebihan kepada BN menjelang pilihan raya Sarawak ke-11 yang dijangka diadakan seawal-awalnya 7 Mei atau selewat-lewat 14 Mei meskipun Adenan mengumumkan sebelum ini, ia akan diadakan 30 April.

Adenan dalam kenyataan sebelum ini menyifatkan langkah tidak mengiktiraf UEC menyebabkan golongan cerdik pandai berhijrah ke negara-negara yang mengiktiraf kelayakan berkenaan.

“Kerajaan persekutuan tidak mengiktiraf UEC, tetapi di universiti atau negara luar mereka melakukannya, hanya negara kita sahaja yang tidak mengiktiraf dan ini satu pembaziran.

“Saya tidak peduli apa yang dilakukan kerajaan persekutuan kerana saya mengiktiraf UEC di Sarawak,” ujarnya dalam satu majlis tahun lepas.

Gesaan itu dibuat, menurut Adenan, kerana sekolah Cina mampu melahirkan golongan cerdik pandai yang boleh menyumbang kepada negara.

“Tidak seperti di Semenanjung, di sini ada sekolah persendirian Cina mempunyai 90 peratus pelajarnya ialah Bumiputera. Tetapi kenapa pula kita menafikan sijil mereka dan saya berasa dasar Putrajaya tidak mengiktiraf UEC adalah tidak bijak,” tambahnya.

Tahun lepas, dua hari selepas Adenan menyifatkan keputusan Putrajaya tidak mengiktiraf EUC sebagai ‘bodoh’, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mary Yap mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan tidak mengiktiraf sijil terbabit. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru