Monday, August 8, 2022

Destinasi pelancongan tumpuan rakyat Malaysia di Istanbul kena bom

Secara Rawak

ISTANBUL: Bertubi-tubi  serangan dihalakan kepada Turki.  Januari lalu menyaksikan ramai terbunuh, sebelum bom meledak di Ankara, ibu negara, dan kali ini sekali lagi di destinasi pelancongan terkenal bagi rakyat Malaysia menjadi sasaran.  Ini kali keempat negara itu bergoncang oleh ledakan bom.

Turki terus menjadi sasaran serangan berdarah, selepas sekurang-kurangnya lima orang lagi terkorban, manakala dan 40  lagi cedera dalam satu serangan berani mati terbaharu, semalam.

Polis mengepung kawasan berkenaan bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan itu, ekoran kebimbangan berlaku letupan kedua.

Mereka yang cedera membabitkan warga 24 negara, susulan kejadian berhampiran sebuah taman warisan purba Greek yang menempatkan tugu Obelisk. Mereka termasuk warganegara Israel, Jerman, Iceland, Iran, Ireland dan Emiriah Arab Bersatu.  

Awal bulan ini, seorang penyerang berani mati meledakkan  dirinya bersama-sama kenderaan yang dipandunya di Ankara dan mengorbankan 37 orang.

Militan Kurdis mengaku bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan tersebut. Turki juga menjadi sasaran beberapa serangan bom yang dituduh dilakukan kelompok militan Negara Islam atau ISIS.

Mereka yang pernah ke Istanbul, khususnya ke Dataran Taksim, pasti terpesona dengan keindahan kota berkenaan, tetapi tentu tergamam dengan tragedi yang berlaku semalam. Pada 2014 saya telah pergi ke dataran itu. Dataran Taksim terletak di sebelah Eropah.  Keunikan Istanbul, sebagian berada di benua Asia, dan sebahagian lagi di benua Eropah.

Dataran itu dianggap sebagai jantung Istanbul, dengan stesen sentral berada di situ. Dataran Taksim, kini merupakan hab dan destinasi popular bagi warga Istanbul dan para pelancong.

Jika anda ke Istiklal Caddessi, inilah kawasan beli-belah yang terkemuka. Di sekeliling dataran terbabit, terdapat hotel dan restoran mewah dan restoran makanan segera, dan pub. Di sinilah juga banyak dianjurkan acara dan aktiviti penting negara.

Letupan meledak di Jalan Istiklal, laluan pejalan kaki yang dipenuhi kedai-kedai berjenama antarabangsa dan pusat beli-belah. Jalan Istiklal biasanya dipenuhi orang ramai pada hujung minggu.

TaksimSquareAerial_GreenProphet.com

Namun, disebabkan kebimbangan warga kota, ekoran serangan bom berani mati di negara itu, jumlah pengunjung terjejas akhir-akhir ini.  

Ledakan itu menggoncangkan kawasan moden terkenal itu.

Pasukan keselamatan segera menutup jalan utama di kawasan utama pusat beli-belah dengan berpuluh-puluh ambulans  berkejar dan dikerah ke kawasan terbabit.

Pasukan forensik juga bergegas ke lokasi kejadian bagi menjejaki bukti.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan bom itu.

Kementerian Luar dalam kenyataannya hari ini berkata, tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden itu dan Kedutaan Malaysia di Ankara ada berhubung rapat dengan rakyat Malaysia di sana termasuk pelajar di Istanbul.

“Kementerian menerusi Kedutaan Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi tersebut,” tambah kenyataan itu.

Pada masa sama, kementerian turut menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau yang mahu ke Turki untuk menjaga keselamatan diri dan keadaan di sekeliling mereka, selain memantau serta mematuhi sebarang nasihat yang dikeluarkan kerajaan negara itu.

Wisma Putra berkata kerajaan Malaysia turut menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan Turki, keluarga dan penduduk yang terjejas dengan serangan itu. SarawakVoicecom

BACA JUGA:

Turkey: A tourist destination with endless delights

Suicide bomber hits Istanbul, 4 people killed, 39 wounded

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru