Saturday, October 8, 2022

Pegawai amal rasuah melampau, hidup mewah, miliki 69 akaun bernilai RM8

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Dalang utama kes babitkan rasuah berjumlah RM100 juta ditahan Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam melalui Ops Tiris yang dilancarkan oleh SPRM sejak 17 Mac lalu.

Berdasarkan siasatan pihak berwajib, pegawai disyaki bertindak sebagai perancang utama mengarahkan pihak kewangan sebuah agensi di bawah kementerian itu membuat bayaran kepada kira-kira 14 buah syarikat kontraktor.

Lapan lagi suspek, tujuh lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya kontraktor, ditahan bagi siasatan lanjut.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pegawai kanan berusia 56 tahun itu mula berkhidmat dengan kementerian tersebut sejak 1998 dan dilantik sebagai setiausaha bahagian kira-kira lapan tahun lalu.
“Hasil siasatan awal, kegiatan sindiket ini telah berlaku sejak 2010 sehingga sekarang. SPRM tidak menolak kemungkinan kegiatan penyelewengan itu telah berlaku beberapa tahun sebelum itu,” katanya dalam satu sidang media, di sini.

Beliau berkata, pegawai kanan tersebut menerima habuan kontraktor seperti kereta mewah, rumah, pembayaran insurans, dan unit amanah bernilai jutaan ringgit. Selain itu, penggunaan kemudahan kad kredit tambahan serta pengubahsuaian rumah juga dinikmati.

“Pegawai kanan ini hidup mewah sehingga mampu beli jam tangan berjenama, satu daripadanya tidak kurang RM400,000, barang kemas antaranya bernilai tidak kurang RM600,000, berpuluh-puluh beg tangan berjenama ada antaranya berharga RM400,000 dan pakaian berjenama.
“Beliau juga kerap ke luar negara bersama keluarga sehingga mampu menggunakan penerbangan kelas pertama setiap seorang,” katanya.

Menurut beliau, anggaran suapan mencecah RM20 juta, SPRM membekukan 69 akaun bernilai RM8.33 juta bagi memberi laluan kepada siasatan yang dijalankan. Harta lain yang dimiliki ialah rumah, kenderaan mewah, barang kemas dan barang berjenama.
SPRM turut membekukan semua aset miliknya.
“Kesemua suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula 18 Mac,” katanya.
Tambahnya lagi, SPRM akan memanggil saksi-saksi terutamanya dari kementerian terbabit bagi membantu siasatan lanjut.
Azam berkata, hasil siasatan setakat ini menunjukkan sindiket itu bergerak sejak 2010, namun SPRM tidak menolak kemungkinan kegiatan itu sudah lama bermula.Mereka yang ditangkap direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan, katanya.

Siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan kesalahan penggubahan wang haram bawah Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru