Tuesday, August 16, 2022

62 terkorban pesawat Flydubai terhempas di lapangan terbang Rusia

Secara Rawak

ROSTOV-ON-DON, RUSIA: Sebuah pesawat Flydubai, FZ981 dilaporkan terhempas di Selatan Rusia Rostov-On-Don dan dipercayai mengorbankan kesemua 62 penumpang dan anak kapalnya.

flydubai 2Pesawat itu yang dalam penerbangan dari Dubai ke Rostov-On-Don terhempas ketika melakukan pendaratan di lapangan terbang Rostov-On-Don.

RT.News dipetik melaporkan bahagian kawalan trafik udara dan perkhidmatan kecemasan tempatan telah mengesahkan bahawa pesawat Boeing 737-800 itu terhempas berhampiran landasan.

“Menurut data awal, Boeing 738 terhempas kerana jarak penglihatan yang lemah, iaitu sekitar jarak 50-100 meter ketika hampir mendarat ,” kata sumber itu.

Semua anak kapal dan penumpang dalam pesawat itu terbunuh dalam kemalangan itu, lapor Kementerian Kecemasan serantau.

Sementara, menurut sumber LifeNews, pesawat itu gagal mendarat semasa percubaan pertama dan sedang melakukan cubaan pendaratan kali kedua.

Bagaimanapun, ketika cubaan itu, ekor pesawat didakwa telah mencecah tanah.

London Times melaporkan, kotak hitam pesawat telah pun dijumpa.

Sementara itu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas tersebut.

Khaleej Times melaporkan antara yang terbunuh termasuklah 44 warga Rusia, 2 India, 8 Ukraine dan seorang Uzbekistan. Kakitangan pesawat dikenal pasti sebagai warganegara Cyprus, Sepanyol, Colombia and Seychelles.

Berikut ada senarai nama penumpang pesawat tersebut:

Allen Larisa
Andreeva Zhanna
Belyakova Elvira
Bespechnov Viktor
Bevzyuk Viktoria
Bevzyuk Marina
Bezglasnaya Yuli
Bezglasnyi Sergei
Bolgova Galina
Bozhko Alexander
Bozhko Olga
Beryozina Alina
Chebotaryov Konstantin
Chebotaryova Svetlana
Chernov Dmintry
Chernova Yelena
Chistyakov Kirill
Chistyakov Oleg
Chistyakova Viktoria
Fedyanin Volodomir
Gamov Valery
Goncharova Ludmila
Kaliberda Yelena
Kaliberda Sergei
Karavantseva Olesya
Karpenko Irina
Karpenko Nikolai
Miss Anzhu Katervel Aiyapan
Klimenko Olga
Koposov Pavel
Koposova Anastasia
Koposova Darya
Koposova Ludmila
Kravchenko Tatiana
Loboda Larisa
Mayachenkova Olga
Mokhon Sayam
Negodayeva Inna
Osipova Anna
Pakus Galina
Pakus Igorp
Shantsin Alexey
Shantsina Irina
Shpilchenko Nikolay
Somina Valentina
Sherschieva Anna
Tarasenko Natalia
Shekhelskaya Svetlana
Shekhelsky Danilo
Shekhelsky Pavlo
Veremeyevskaya Natalia
Veremeyevsky Alexander
Veremeyevsky Vitaly
Voronova Valentina
Sheved Larisa

Manakala yang berikut adalah senarai krew dan anak kapal;

Sokratous Aristos
Alava Cruz Alejandro
Curbelo Caro Javier Alejandro
Audrus Maxim
Confaid Alex Dominic Yoram
Delacruz Laura Patrizia
Nazirdinova Zhulduz

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru