Wartawan Australia ditahan di Sarawak, kongsi pengalaman menakutkan, mengecewakan, dan melucukan

KUALA LUMPUR:  Wartawan ABC  Linton Besser mendakwa mengalami saat-saat yang menakutkan, mengecewakan dan pada ketika tertentu melucukan ketika ditahan pihak polis di Malaysia kerana menceroboh protokol keselamatan di satu acara dihadiri Perdana Menteri  beberapa hari lalu.

Beliau ditahan bersama-sama jurukamera Louie Eroglu ketika melakukan penggambaran program bercorak penyiasatan di Kuching.

Kini, Basser berada di Singapura untuk meneruskan laporan siasatan berkaitan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion..

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam Youtube dan beredar melalui media baharu, ketika itu beliau sedang mengemukakan soalan kepada Datuk Seri Najib Razak berkaitan bagaimana wang berkenaan mengalir ke dalam akaun bank beliau, mengikut laporan ABC online yang berpangkalan di Australia

Berdasarkan visual, Perdana Menteri pada mulanya melihat beliau ketika Basser memperkenalkan dirinya, tetapi kemudiannya mengabaikannya. Ketika itu, Besser berkata dia dikelilingi anggota polis dan pegawai perisik serta SB Malaysia “ditangkap di tempat itu juga, dan kemudiannya dibawa keluar dari kawasan itu,”katanya..

Jurukamera  Louie Eroglu, kemudian turut ditahan polis. “Pihak polis begitu malu dengan kami kerana bagaimana wartawan asing boleh kemukakan soalan. Pasport kami diperiksa, dan butir-butir kami juga dirakamkan. Mereka mengambil gambar kami.”

Beliau berkata pihak polis memberitahu: “Look, if you go quietly it’s OK. Get in your car and go”. So we did.”

Mereka kemudiannya dibawa ke hotel, tempat mereka disiasat, menurut laporan itu lagi.

Mengenai berapa lama mereka ditahan polis, beliau mengakui tidak berapa ingat,  tetapi “menurut laporan media, enam jam.” Seterusnya beliau berkata, pasport mereka dirampas, dan mereka hanya dapat tidur pada pukul 4 atau 5 pagi.

Akhirnya mereka terbang ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, mereka mahu meneruskan siasatan dan  kini tidak pasti sama ada mereka dibenarkan memasuki Malaysia. Beliau dan rakannya tidak berhasrat pulang ke Australia dalam waktu terdekat.

Beliau menafikan telah diusir dari negara ini, malah pihak polis yang mengambil gambar ketika mereka di dalam pesawat juga begitu baik terhadap mereka.

“Our passports don’t say we’ve been deported. We were never given a piece of paper to say that,” katanya – SarawakVoice.com.