Friday, December 3, 2021

93 warga asing dibanteras imigresen

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 93 warganegara asing telah diperiksa dalam OPS IKRAR (SAPU) Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak, Kuching semalam.

Operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Abdul Malik Bojeng bersama kekuatan anggota seramai 39 orang telah menyerbu dua buah rumah kongsi di dua lokasi berlainan di Taman Springfield dan Sungai Tengah Matang, di sini.

Kedua-dua buah premis tersebut telah diperiksa dengan jumlah yang diperiksa seramai 145 orang termasuk 52 warga tempatan, 66 warganegara Indonesia, tujuh orang lelaki warganegara Bangladesh, 16 lelaki warganegara Korea dan empat lelaki warganegara Thailand.

PATI Sarawak_0002

Setelah saringan dibuat ke atas semua warganegara asing, seramai tujuh lelaki warganegara Indonesia ditahan.

Tiga daripadanya ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki tinggal di negara ini selepas tamat tempoh mana-mana pas yang dikeluarkan kepadanya, sementara empat lagi ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta yang sama kerana disyaki gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Sarawak, Garry Belayong John Siki berkata, semua pegawai perlu bersedia mental dan fizikal  dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Katanya, kerjasama semua pihak, termasuk maklumat daripada masyarakat amat penting dalam membanteras kehadiran PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) di negeri ini.

“Semua PATI yang ditahan telah dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Semuja,Serian untuk tindakan lanjut.

“Sepanjang operasi dilakukan, tiada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya. – SARAWAKVOICE.COM

PATI Sarawak_0001 PATI Sarawak_0000

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru