Sunday, September 25, 2022

Mambong mahu Ahkim Sarok, bukan Jerip Susil

Secara Rawak

SERIAN:  Kerusi  Mambong dijangka akan berdepan pertandingan empat penjuru dalam pilihan raya negeri akan datang.

Dr-Jerip-Susil
Dr Jerip Susil

Calon yang dijangka bertanding ialah Datuk Dr Jerip Susil mewakili  Parti Rakyat Bersatu (UPP), Willie Mongin (PKR), Sanjan Daik (DAP), dan Cr Ahkim Sarok dari parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Meskipun terdapat empat calon, pertandingan sebenar dijangka berlaku antara Jerip dengan Willie, memandangkan Jerip merupakan penyandang yang menang atas tiket SUPP pada 2011.  

Tetapi terdapat beberapa isu membabitkan Jerip.

ahkim sarok
Ahkim Sarok

Willie pula telah bertanding untuk kali ketiga di Mambong iaitu pada 2011 atas tiket PKR tetapi tewas kepada Jerip sebagai penyandang. Pada PRU-13, dia kalah kepada Datuk Seri James Dawos Mamit. Ahkim dan Sanyan merupakan muka baharu.

Ketika ini, terdapat perebutan untuk mendapatkan kerusi itu, sama ada perlu diserahkan kepada SUPP atau UPP.

Mambong sebenarnya ialah kerusi baharu susulan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun lalu. Kerusi itu asalnya ialah sebahagian daripada DUN Bengoh yang  secara tradisinya dipegang oleh SUPP.

Berdasarkan  sentimen akar umbi  yang dikesan oleh SarawakVoice dalam kalangan pengundi selama dua hari, didapati kerusi  itu seharusnya diserahkan kepada SUPP, kerana ia memang hak parti tertua Sarawak itu.

Kerusi Mambong mempunyai sekitar 16,000 pengundi dengan 70 peratus pengundi Bidayuh.

Jerip telah bertanding di kawasan Bengoh pada 1996, menentang calon SUPP, tetapi tewas kepada mendiang William Tanyoh ak Nub. Pada 1998 sekali lagi dia bertanding untuk kerusi Parlimen P198 Mambong, tetapi kalah kepada calon langsung BN Dawos Mamit.

Namun, pada 2001 Jerip dipilih oleh SUPP untuk bertanding pada pilihan raya negeri. Beliau turut bertanding pada 2006 dan 2011 dan menang kedua-duanya atas tiket SUPP.

Apabila menang pada 2011, dia dilantik menjadi Menteri Muda Kesihatan Awam.

Sentimen akar umbi dikatakan mendapati program beliau tidak begitu mendapat sambutan daripada penduduk kampung termasuk program jelajah dari kampung ke kampung.

Di kampung beliau sendiri, Kampung Karu, dikatakan hanya 30 peratus penduduk atau pengundi sahaja yang hadir. UPP hanya mempunyai sekitar 500 ahli berbanding SUPP yang mempunyai lebih kurang 3,000 ahli, sekali gus mewajarkan kerusi itu diserahkan kepada SUPP, kata penduduk terbabit.

Menurut Dawos Mamit dalam kenyataan dalam media baru-baru ini, kerusi itu sepatutnya diserahkan kepada SUPP atau PBB kerana kedua-dua parti terbabit mempunyai ahli yang ramai, dan ini membolehkan BN menang.

DUN MAMBONG_0000

Satu daripada masalah Jerip mengikut pengundi ialah beliau sering melompat parti, mula-mula dari sebagai calon Bebas, kemudian STAR, sebelum menyertai SUPP, dan akhirnya menyertai pasukan Wong Soon Koh dalam UPP.

Tindakan ini bagi pengundi dianggap menggambarkan seolah-olah tidak mempunyai prinsip perjuangan asas, dan ini dikatakan boleh menjejaskan peluang beliau menang kerusi itu nanti. “Dia seolah-olah hanya pentingkan diri sahaja, bukan kepentingan parti dan pengundi di kawasan terbabit,” kata pengundi.

Pengundi Cina yang merupakan 30 peratus daripada keseluruhan pengundi dikatakan tidak akan memberi sokongan padu kepada beliau atas alasan sering melompat parti dan sebahagian janji tidak dikotakan.

Willie pula sering turun padang, dan menambat hati pengundi khususnya golongan muda melalui programnya.

Mengambil kira semua faktor, pengundi berpendapat bahawa kerusi itu wajar diberi kepada SUPP dan calon yang paling sesuai dan mampu menang ialah Cr Ahkim Sarok.

ahkim sarok 2Ahkim dikatakan seorang yang disenangi rakyat, mempunyai kelayakan yang tidak diragui, dan sebagai pengerusi SUPP cawangan Mambong melayakkan beliau mewakili kawasan itu.

Beliau juga difahamkan mempunyai perancangan strategik untuk mengubah wajah kawasan Mambong yang dapat menguntungkan rakyat.  Selepas 15 tahun, Jerip dikatakan  tidak berjaya membawa banyak pembangunan di kawasan itu. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru