Warisan Merdeka 118 tingkat, kos RM1.5 bilion bakal ubah wajah Kuala Lumpur

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Warisan Merdeka merupakan projek yang melambangkan kejayaan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

Fasa pertama projek tersebut membabitkan pembinaan menara 118 tingkat dan tujuh tingkat pusat beli-belah dengan kos pembangunan sebanyak RM5 bilion dijangka siap pada 2020.

Perdana Menteri berkata, pembangunan  hartanah strategik yang bakal menjadi mercu tanda di segi tiga emas di ibu kota di kawasan seluas 19 ekar bakal memainkan peranan penting dalam memaksimumkan nilai simpanan tanah apabila siap pada 2024.

Najib berkata bangunan ikon itu akan membantu menambah nilai sesebuah bandar raya.

“Apabila seseorang menyebut menara ikon, apa yang sebenarnya dimaksudkan? Apa yang menjadikannya menara ‘ikon’? Rekaannya? Bentuknya? kisah atau sejarah di sebalik pembangunannya?

“Barangkali, dalam hal ini, ia mungkin kesemuanya sekali. Tetapi ia juga adalah aspirasi, hasrat untuk mencapai kecemerlangan dan keazaman untuk membina sesuatu yang boleh diingati dan berkekalan, sesuatu yang boleh memberi nilai kepada Malaysia baharu,” katanya.

Ia juga mempengaruhi pandangan ramai terhadap bandar raya itu.

kl-tower-02

Menurut Najib, projek ini dijangka menambah daya tarikan ibu kota sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan.

Projek itu akan memulihkan dua bangunan warisan negara — Stadium Merdeka dan Stadium Negara, sekali gus membuktikan seni bina moden dan bangunan bersejarah dapat bergandingan, katanya selepas melancarkan projek tersebut di sini, Rabu.

Najib berkata projek Warisan Merdeka itu disifatkan antara pencapaian terbesar PNB sepanjang 38 tahun penubuhannya demi memajukan negara dan mensejahterakan rakyat.

Kewujudan PNB dan syarikat-syarikat pelaburannya secara tidak langsung telah menstrukturkan sosioekonomi rakyat. – SARAWAKVOICE.COM

Kredit Foto: DBKL
Kredit Foto: DBKL

Terbaru