SIBU: Pemantauan Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu menemui sembilan kotak rokok seludup bernilai RM19,700 yang ditinggalkan di Terminal Penumpang Sibu di sini, pagi semalam.
Seramai enam anggota dari PPM Sibu terbabit dalam pemeriksaan jam 750 pagi itu.
Komander PPM Wilayah Lima Sarawak Asisten Komisioner Kalai Chelvan Nadarajan, berkata semasa membuat pemantauan di terminal penumpang menemui sembilan kotak berwarna kuning dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, hasil daripada pemeriksaan lanjut ke atas kotak tersebut menjumpai pelbagai jenis rokok putih berjenama parkway dan limos.
“Setelah menunggu lebih kurang satu jam tiada seorang pemilik barang tersebut datang menuntut dan disyaki melakukan kesalahan dibawah Sek 135 Akta Kastam 1967.
“Kesemua kotak rokok tersebut telah dibawa ke Markas Taktikal sibu dan laporan polis dibuat di balai polis Ulu Lanang ,Sibu,” katanya.
Seterusnya kes diserah kepada Jabatan Kastam Bahagian Sibu untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak mengalu-alukan orang awam dan agensi kerajaan lain menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti –aktiviti jenayah untuk tindakan pencegahan dan pembanterasan. Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke pejabat PPM W.5 NO TEL : 082-334111 FAX : 082-344780. – SARAWAKVOICE.COM