Friday, August 19, 2022

Lelaki diganggu makhluk halus merayau 24 jam di dusun durian

Secara Rawak

LIMBANG: Seorang lelaki dipercayai diganggu mahkluk halus menyebabkannya tersesat hampir lima kilometer dari dusun duriannya di Ulu Sungai Berawan, Jalan Kubong di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, akhirnya mangsa Melvin Leigh Rincang,30 ditemui dalam keadaan keletihan dan calar serta luka pada badan berehat di bawah pokok, tengah hari semalam.

Jurucakap bomba berkata, mangsa dilaporkan hilang sejak pagi semalam ketika pergi ke dusun durian berhampiran rumahnya.

Katanya, namun, sehingga petang mangsa masih belum pulang dan menimbulkan kerisauan kepada ahli keluarga.

sesat kerana makhluk halus-0001

“Penduduk kampung membuat keputusan untuk mencari mangsa di sekitar kawasan dusun.

“Hampir 24 jam kehilangan mangsa, ahli keluarga membuat laporan polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.10 pagi.

“Pada jam 12.58 tengah hari tadi, pasukan penyelamat menemui mangsa dalam keadaan kepenatan berehat di bawah pokok kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian,”¬†katanya.

Katanya, mangsa dikatakan tersesat dan sukar mencari jalan pulang.

“Dia merayau mencari jalan sehingga keletihan dan berehat sehinga terdengar suara pasukan penyelamat,” katanya. – SARAWAKVOICE.COM

sesat kerana makhluk halus-0000 sesat kerana makhluk halus-0002

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru