Sunday, January 23, 2022

Batal lumba basikal jelajah Sarawak, Menteri bidas penganjur

Secara Rawak

EKSKLUSIF VIDEO MALAM INI 17/3/2016: Pengarah Tour Of Sarawak akui gagal, rugi RM600 ribu tetapi bukan penipu – NANTIKAN! (terkini_video dalam proses upload)

KUCHING: Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini melahirkan rasa terkilan terhadap pembatalan program lumba basikal Tour Of Sarawak atau Jelajah Sarawak yang dijadualkan bermula hari ini.

Perlumbaan lumba basikal yang dirancang bermula di Miri ini merupakan jelajah lima peringkat berstatus UCI 2.2 namun dibatalkan, dipercayai berikutan pergolakan dalaman dan beban kewangan hingga menyebabkan beberapa pelumba dan krew yang dijadualkan menyertai jelajah itu terkandas di lapangan terbang Miri.

Situasi ini menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan kelam-kabut apatah lagi difahamkan pihak penganjur gagal untuk menguruskan penginapan para peserta.

Menurut Karim, berdasarkan persetujuan awal, acara ini diuruskan oleh sebuah syarikat pengurus acara manakala Kerajaan Negeri Sarawak dan agensi di bawahnya hanya bertindak mengurus perkara berkaitan lojistik.

” Malah difahamkan bahawa mereka (penganjur) memiliki sumber kewangan yang mengcukupi untuk melaksanakan acara ini.

” Saya beranggapan persiapan dan perjalanan acara ini berlangsung lancar sehinggalah pihak penganjur memohon untuk berjumpa saya dua hari lalu untuk merayu pertolongan Kerajaan Negeri bagi menyelamatkan keadaan.

Karim tidak pasti apa yang berlaku tetapi beliau percaya, penganjur berhadapan
masalah kewangan.

“Oleh itu, saya meminta mereka lebih bertanggungjawab kerana situasi sekarang ini telah menimbulkan ketidakselesaan kepada banyak pihak.

“Ada pasukan yang telah melakukan persediaan rapi mental dan fizikal tetapi dikecewakan dengan pembatalan ini,” katanya.

Malah kata Karim, ini belum lagi persiapan jabatan dan agensi kerajaan Negeri dan Pusat dan pihak hotel, yang rugi kerana bilik sudah ditempah.

“Kerajaan Negeri dan Kementerian Pembangunan Sosial berasa malu dengan pembatalan saat akhir ini namun ia di luar bidang kuasa kami.

Oleh itu, sayamenuntut pihak penganjur untuk memberi penjelasan dan tidak lepas tangan dengan apa yang berlaku. – SARAWAKVOICE.COM

tour of sarawak tour of sarawak 4 tour of sarawak 2 tour of sarawak 3 tour of sarawak 5

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru