Saturday, October 8, 2022

Ah Fook, novel anak Sarawak Jong Chian Lai bakal difilemkan

Secara Rawak

KUCHING: Novel “Ah Fook” karya penerima S. E. A Write Awards 2006 dari Sarawak, Jong Chian Lai yang memenangi sayembara penulisan novel ITBM-Pena pada tahun lalu bakal diangkat menjadi judul filem sedikit masa lagi.

Menurut Pengarah Urusan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron, pemilihan judul tersebut telah dilakukan oleh salah seorang penerbit terkenal Malaysia dan mereka telah berkunjung ke China untuk membuat kajian lanjutan baru-baru ini.

“Ah Fook” yang setebal 718 halaman menceritakan kehidupan seorang lelaki Cina yang dihimpit kemiskinan sejak tiga generasi di negara Tembok Besar.

Yong Ah Fook, atau lebih dikenali sebagai Ah Fook yang kecewa dengan sistem komunisme China kemudian merantau ke kepulauan Borneo dengan meninggalkan isteri dan dua anaknya di kampung semata-mata untuk meraih kekayaan di bumi asing.

Ah Fook kemudian bekerja sebagai kuli di sebuah rumah agam milik seorang kapitan Cina sejurus tiba di Sarawak.

Bagaimanapun, takdir membantutkan impiannya apabila Jepun meluaskan kuasa di Asia Tenggara tidak lama selepas itu, Ah Fook terpaksa berkahwin dengan seorang wanita tempatan berketurunan Cina-Melanau demi menyelamatkan wanita itu daripada kekejaman tentera Jepun.

Ah Fook juga berbuat demikian untuk melupakan anak-anak dan isterinya di China yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki lain ekoran kesempitan hidup selepas ditanggalkan Ah Fook.

Penulis novel tersebut, Jong Chian Lai, 56, merupakan penulis tersohor dan prolifik Sarawak yang telah menghasilkan beberapa novel besar yang berlatarbelakangkan negeri itu.

 Jong Chian Lai sedang mendengar penerangan daripada Mohd Khair Kadiron mengenai pemilihan novelnya sebagai filem.
Jong Chian Lai sedang mendengar penerangan daripada Mohd Khair Kadiron mengenai pemilihan novelnya sebagai filem.

Antaranya termasuklah Gurgurnya Langit Hijau Nanga Tiga pada tahun 1986, Pindah (1988), Buaya Putih Buaya Kudung (1992), Pemberontakan (1994), Meredah Ombak Keributan (2001), dan Long Busang (2005). Novel Pemberontakan telah dipilih sebagai sebuah siri penerbitan abad ke-20.

Jong merupakan penerima Anugerah Sastera Negeri Sarawak pada tahun 2014, juga telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/85, 1986/87 dan 1988/89. – SarawakVoice.com
ah fook_0001ah fook_0000

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru