Tuesday, June 28, 2022

Adenan baca Facebook pukul 9.15 malam ini

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri sentiasa sibuk dengan pelbagai tugas sehariannya. Beliau bukan sahaja perlu menjalankan pelbagai tugas hakikinya, tetapi perlu berjumpa dan berbincang tentang pelbagai hal dengan para pegawai kerajaan, pihak industri, dan sebagainya.

Namun, di tengah-tengah kesibukannya, Tan Sri Adenan Satem yang terkenal sebagai tokoh yang minat membaca, maka tidak hairan beliau sentiasa mengambil masa untuk membaca bukan sahaja buku tetapi sumber internet.

Menurut catatan terbaharu di Facebooknya sekitar pukul 9.15 malam waktu Malaysia, Adenan berkata ”Masa tok memang gago gilak nak bertangga Facebook. Masa malam jak dapat luang masa sikit.”

Maksudnya, kesibukan menyebabkan beliau tiada masa untuk melayari Facebook, tetapi mengakui hanya dapat berbuat demikian pada waktu malam.

Disertakan gambarnya menatap komputer Apple iMac 27 inci, ternyata Ketua Menteri begitu asyik membaca pelbagai bahan di alam maya untuk mengikuti segala perkembangan semasa, termasuk isu menyangkut beliau.

Kelebihan komputer saiz besar ini membolehkan pengguna membaca dan bekerja dengan lebih cekap. Malah dapat membaca dua paparan sekali gus.

tok nan pakei apple

Adenan yang menjadi Ketua Menteri kelima Sarawak menggunakan media baharu untuk berinteraksi dengan rakyat, kerana percaya itu cara terbaik. Sejak Facebook beliau diwujudkan, sudah terdapat 101,931 ‘likes’ sehingga malam ini. Sementara catatan terbaharu sehingga pukul 9.45 malam mendapat 4,000 ‘likes’.

Hanya dalam 18 minit, sudah terdapat 165 komen daripada netizen yang rata-rata memberi komen dan ulasan positif, termasuk ada yang berdoa agar beliau panjang usia.

Namun, ada yang menggunakan kesempatan itu untuk mengingatkan pelbagai projek yang perlu disiapkan.

Netizen bernama Rugu Yuhanis bertanya Adenan, “Ada baca mesej sayakah Tan Sri?”

Mohd Amirul Iskandar berkata: “Itu baru dia. Berjiwa rakyat…semoga CM terus sukses.”

Yang lain mendoakan kesejahteraan beliau. – SARAWAKVOICE.COM

adenan main fb-0000

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru