Friday, December 3, 2021

Lelaki 29 tahun rogol jiran wanita warga tua dua kali

Secara Rawak

SIBU: Seorang lelaki merogol seorang wanita warga emas yang juga jirannya dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Mission di sini, semalam.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang dan mangsa berusia 60 tahun adalah jiran kepada suspek.

Katanya, suspek berusia 29 tahun yang bekerja sebagai tukang angkat barang memanggil mangsa masuk ke biliknya.

“Apabila mangsa enggan, suspek menarik mangsa hingga ke biliknya  dan  mengunci pintu. Suspek merogol mangsa atas lantai dalam bilik.

“Kejadian itu terbongkar apabila saudara mangsa datang ke bilik mangsa dan dia menceritakan mengenai kejadian itu.

“Mangsa mendakwa dia dirogol sebanyak dua kali oleh suspek dan kali kedua berlaku tengah hari semalam,” katanya.

Polis telah berjaya menjejaki dan menahan suspek di Jalan Tan Sri sekitar jam 7 malam, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superitenden Martin Khoo  yang mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu berkata, suspek  ditahan polis bagi siasatan lanjut.

Katanya, suspek telah direman selama tujuh hari bermula semalam dan disiasat di bawah  Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru