Thursday, May 19, 2022

Pakatan Harapan optimis dapat selesaikan isu tuntutan kerusi bertindih

Secara Rawak

KUCHING: Berbeza daripada ketika berdepan pilihan raya 2011, kali ini pakatan pembangkang tidak memperlihatkan kesepaduan.

Masih berlaku tuntutan pertindihan dari segi kerusi, dengan DAP berhasrat bertanding antara 35 hingga 40 kerusi, jumlah yang hampir sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PAS kelmarin menyatakan keinginan bertanding di 11 kerusi, manakala Amanah pula sekurang-kurang lima kerusi.

Ketika parti komponen Barisan Nasional (BN) masih bertelagah, membabitkan parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan juga antara Parti Demokratik (SPDP) dengan Teras, Pakatan Harapan juga tidak kurang bermasalah.

Isu ini akan menyaksikan mereka bakal bertembung sesama sendiri jika isu itu gagal diselesaikan menjelang hari penamaan calon yang dijangka akhir Mac atau awal April.

Dalam satu sidang akhbar di sini semalam, Naib Presiden PKR berkata lebih banyak kerusi bertindih berjaya diselesaikan Antara PKR, DAP dan Amanah dalam pertemuan 10 mac lalu.

“Kami mengharapkan untuk selesaikan masalah itu, dan berharap akan berlaku pertandingan satu lawan satu dengan BN nanti,” kata See Chee How.

“Kami yakin dan optimistik kami dapat selesaikan isu terbabit,” tambah ADUN Batu Lintang itu.

Dalam pilihan raya lalu, PKR memenangi tiga kerusi, termasuk Ba Kelalan dan Kerian. DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi dipertandingkan, dan Bebas satu. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru