Friday, December 3, 2021

Mahasiswa IPTS dicekup miliki 655 gram ganja

Secara Rawak

KUCHING: Seorang pelajar institut pengajian tinggi swasta ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah dalam satu serbuan di rumahnya di Jalan Dogan dekat sini, Ahad lepas.

Serbuan jam 9.45 malam itu menahan suspek berusia 21 tahun dan menemui sejumlah 655 gram ganja.

Sumber berkata, suspek menunjukkan polis satu bilik di rumah itu yang digunakan untuk menyimpan dadah.

“Polis menemui satu beg berisi 47 paket ketulan mampat dadah jenis ganja dengan berat 455 gram.

“Kemudian, polis menemui 15 ganja seberat 145 gram yang disimpan dalam sebuah beg dan 55 gram ganja ditutup dalam balang kaca,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Namun, dia tetap ditahan di bawah  Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Ng Ah Lek mengesahkan kes tersebut. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru