ANKARA: Dalam kejadian ledakan bom di sini hari ini, 37 orang sekurang-kurangnya terkorban. Sekitar 70 orang lagi dirawat di hospital, dengan 15 orang dalam keadaan serius.

Sumber kerajaan berkata, ia berpunca daripada ledakan bom kereta pada 6.43 petang ketika pekerja berpusu-pusu balik dari pejabat.

Mengikut media tempatan, bom kereta meledak berdekatan hab pengangkutan, yang dikelilingi banyak bangunan pentadbiran, termasuk balai polis dan kementerian dalam negeri. Di kawasan kejadian itu, terdapat 10 stesen bas.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam Youtube, banyak ambulans berkerjaran ke lokasi terbabit.  Banyak yang tercedera dengan api mengganas daripada kereta yang terbakar di ibu kota 4.6 juta jiwa itu

Negara Turki menjadi sasaran serangan dalam tempoh 20 bulan lalu dan kerajaan di bawah President Recep Tayyip Erdoğan berikrar mahu menggempur habis-habisan pengganas terbabit.  “Serangan ini yang mengancam integriti, perpaduan dan perpaduan negara ini tidak akan melemahkan keazaman kami untuk memerangi keganasan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di ibu negara itu.

Katanya, rakyat tidak seharusnya risau, kerana perjuangan menentang keganasan akan akhirnya membuahkan hasil, dan kita akan menundukkan para pengganas.

Pada Oktober lalu, 103 orang terbunuh, sementara 250 lagi cedera kerana serangan pengganas. Serangan besar yang dilancarkan di Turki dalam beberapa waktu terakhir membangkitkan kebimbangan yang kian meluas akan berlaku lagi serangan besar lagi di negara 79 juta penduduk itu.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Bekir Bozdag dipetik media antarabangsa sebagai berkata, ia merupakan perbuatan keganasan’, sementara Perdana Menteri, Ahmet Davutoglu, membatalkan lawatan ke Brussel, Belgium.

Sumber keselamatan Turki berkata petunjuk awal mengisyaratkan gerakan pemisah Kurdis yang dilarang adalah dalang di sebalik kejadian. – SARAWAKVOICE.COM

7340c598-bb18-400b-b469-058f51ce45d4