Sunday, June 26, 2022

Seorang maut, seorang hilang kereta bertembung di Jalan Sibu-Tatau

Secara Rawak

BINTULU: Seorang lelaki maut apabila kereta Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan sebuah Hilux di Kilometer 181, Jalan Sibu-Bintulu dekat sini pagi tadi.

Lelaki terbabit, UHai Lingga, 39 tahun, yang tersepit dalam kenderaan Proton Saga meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Bintulu, dipercayai kerana kecederaan dalaman.

Menurut Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.41 pagi, dan sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.

“Ketika tiba 22 minit kemudian, pihak kami mendapati seorang mangsa lelaki berbangsa Iban tersepit di dalam kereta pada bahagian duduk pemandu Proton Saga.

“Pihak bomba kemudian mengambil masa 24 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan penyelamatan jenis ‘spreader’ dan pengusung.

Bagaimanapun kata Farhan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital sejurus dikejarkan ke hospital dengan kenderaan polis.

Difahamkan polis masih mencari pemandu Hilux yang dilaporkan menghilangkan diri sejurus kemalangan. – SARAWAKVOICE.COM

kemalangan tatau kemalangan tatau 2 kemalangan tatau 3 kemalangan tatau 4 kemalangan tatau 5 kemalangan tatau 6

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru