Wednesday, June 29, 2022

Malaysian Insider, tutup terus tengah malam ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Portal berita Malaysian Insider yang disekat oleh kerajaan awal bulan ini, akan menghentikan operasinya mulai tengah malam ini dengan 59 stafnya bakal menerima pakej pampasan sewajarnya.

Ketua editornya menyiarkan pengumuman itu dalam portal berita itu bertajuk “Goodbye from The Malaysian Insider”, hari ini.

“Selamat tinggal pembaca, jauh atau dekat, dan pembaca di Malaysia meskipun disekat kerajaan,” tulis editor Jahabar Sadiq.

“The Edge Media Group telah mengambil keputusan untuk menutup The Malaysian Insider mulai tengah malam ini, atas alasan komersial.”

“Meskipun TMI meurpakan satu daripada tiga portal berita teratas berdasarkan jumlah trafik di Malaysia, ia tidak mendapat tunjangan komersial yang mencukupi bagi memungkinkannya meneruskan operasi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge Media Group Ho Kay Tat, dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tat Ho telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit The Edge Communications Sdn Bhd. sejak Januari 2013.

Beliau bertindak sebagai ketua editor  The Edge Communications Sdn Bhd.

Tat Ho juga menjadi Ketrua Editor Kumpulan Berjaya Media Berhad. Beliau terbabit dalam dunia kewartawanan untuk beberapa akhbar termasuk The New Straits Times dan The Malay Mail.

Sejak mengambil alih TMI 20 bulan lalu, difahamkan kumpulan itu mengalami kerugian RM10 juta.

Dua lagi penerbitannya The Edge, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.  Kedua-duanya memberi tumpuan kepada laporan ekonomi dan perniagaan digantung kerajaan selama dua bulan pada tahun lalu. Tindakan itu dikatakan ada kaitan dengan pendedahannya tentang 1MDB.

Goodbye from The Malaysian Insider
Goodbye from The Malaysian Insider

The Edge  kemudiannya mengambil tindakan untuk mengurangkan jumlah stafnya pada bulan Februari, akibat terjejasnnya pendapatan periklanan, mengikut The Wall Street Journal.

Malaysian Insider yang ditubuhkan pada akhir 2007 adalah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

Portal itu secara konsisten disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 laman web yang paling popular di negara ini.

Malaysian Insider dimulakan sekumpulan ahli perniagaan dan wartawan rapat dengan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tujuannya sebagai keseimbangan balas terhadap Malaysiakini, yang disifatkan sebagai tidak mesra Barisan Nasional (BN). – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru