Sunday, June 26, 2022

Enam penumpang, seorang kanak-kanak korban bot bertembung di Sabah

Secara Rawak

TUARAN: Enam penumpang bot termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun lemas selepas bot yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bot lain di Sungai Serusup, berhampiran Teluk Sulaman dekat sini malam kelmarin.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Tuaran ASP Raji Hussin Suhodin, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, seramai 30 penumpang dilapor menaiki kedua-dua bot berkenaan dan seramai 24 orang dapat menyelamatkan diri.

bot tembungPolis katanya, tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada keadaan gelap serta kedua-dua bot tidak mempunyai lampu.

” Mangsa yang maut dikenali sebagai Saloma Maid, Norkasih Salim, Aziah Maidin, Ainol Hasnom dan Nurul Azda.

” Mangsa terakhir, Wong Vun Chong, 47 tahun ditemui berhampiran lokasi kejadian, sekitar jam 8.30 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi sarawakvoice.com.

Menurut Raji Hussin, salah sebuah bot itu yang dinaiki 20 penumpang sedang dalam perjalanan dari Serusup ke kampung Panimbawan untuk menghadiri majlis perkahwinan di kampung berkenaan.

” Bot malang itu telah berlanggar dengan sebuah lagi bot yang dinaiki 10 penumpang yang dalam perjalanan ke Serusup.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan di sekitar lokasi kejadian membabitkan 60 anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin dan Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia.

“Operasi masih diteruskan kerana kita tidak dapat memastikan bilangan penumpang daripada kedua-dua bot berkenaan.

” Semua penumpang tidak mendaftar ketika menaiki bot,” katanya. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru