Sunday, December 5, 2021

Orang Sarawak kini dapat dengar Bernama Radio 24

Secara Rawak

KUCHING:  Siaran Bernama Radio 24, stesen radio berita pertama negara kini sudah dapat diikuti pendengar di Sarawak.

opengRadio 24 dilancarkan pada 16 Ogos 2007, dan ideanya dikatakan dicetuskan oleh Openg Onn,  wartawan Bernama kelahiran Sarawak yang pernah menjadi koresponden Bernama di Jakarta selama enam tahun, dari 1999 hingga 2004, sekali gus menyaksikan pemerintahan empat orang Presiden.

Mengikut sumber Bernama, penduduk di Kuching, Sarawak menerima siaran pertama stesen itu menerusi frekuensi FM100.9, tepat jam 3 petang,  Selasa lalu.

Bagi Kota Kinabalu, Sabah pula  siaran bermula 10 Mac menerusi frekuensi FM107.9.

SarawakVoice menjejaki Openg Onn, perintis dan pencetus idea Radio 24, yang mendapat ilham daripada kewujudan Radio Elshinta yang berpangkalan di Jakarta.

Radio berita Elshinta yang dilancarkan pada awal 1968 merupakan jaringan siaran di Indonesia, berpusat di Jakarta. Beritanya meliputi keadaan lalu lintas terkini, politik, ekonomi, dan perkembangan seharian.

bernama-radio-24“Radio 24 sepatutnya melebarkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak pada 2007. Tetapi kehadirannya kini masih tidak terlalu lewat. Sebagai salah seorang pengasas, saya turut berbangga,” kata Openg ketika ditemui di Kuching.

Openg yang kini menjadi usahawan, selepas bergelumang dalam dunia kewartawanan lebih 20 tahun, berkata, radio sedemikian amat penting terutama dalam mengimbangi lambakan radio hiburan di negara ini, dan keinginan masyarakat untuk mendapatkan berita terkini dan langsung dari tempat kejadian atau sumber.

“Radio berita juga perlu dalam mendalami ilmu bagi melahirkan masyarakat berpengetahuan dan berfikir tajam dan kritis,” tambahnya.


Radio Bernama atau lebih dikenali ‘Bernama Radio24’ sebelum ini hanya bersiaran di Lembah Klang dan Johor.

“Kami melihat ia satu jambatan baharu dalam menghubungkan berita yang cepat, tepat dan benar kepada penduduk di sana, malah kami juga dalam perancangan untuk menambahkan lagi program yang baharu dengan mendekati isu-isu di kedua-dua negeri berkenaan,” kata jurucakap   Bernama  seperti disiarkan dalam portalnya.

Siaran radio itu juga dapat didengar di Singapura dan Batam, Indonesia.  

Ketika ini, Malaysia mempunyai lebih daripada 50 stesen radio,  milik kerajaan ataupun swasta dengan stesen kerajaan berada di bawah Radio Televisyen Malaysia.

Purata pendengar mendengar 15 jam siaran radio di Malaysia, mengikut Media Planning Guide 2014

Era FM menduduki tangga teratas dengan  hampir 4 juta pendengar, diikuti Thr FM 3.188 juta, dan Sinar FM 3.172 juta. Hot FM pula mempunyai 2.9 juta pendengar, lapornya lagi.

Radio Bernama menyiarkan berita nasional, regional dan antarabangsa, selain program bicarawara. Siaran adalah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

Sejak penubuhannya, Radio Bernama telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk Best Health Radio Programme 2013 by Ministry of Health Malaysia (Main Award – Norindah Khairi, Dalam Radar Talk Show), dan Best Health Radio Programme 2012 oleh Kementerian Kesihatan. (Main Award – Norindah Khairi, Ala Carte Pagi Talk Show) dan Anugerah Seri Angkasa 2010 (Best Radio News Presenter – Wan Syahrina Wan Ab Rahman)(Best Radio Talk Show – Kerusi Panas. Syeliza Basri & Azlan Idris) (Best Music Balancing for Radio – Mohd Zaini Ahmad Norbi)

Ia juga memenangi Best Consumer Radio Programme 2008 & 2009 – Konsumer bersama PPIM, Best Health Radio Programme 2009 & 2010 – KLINIK 24, dan  Best Producer for Islamic Radio Programme (Anugerah Media Islam Negara, AMIN 2009) – Nazira Noran.

Antara program diminati pendengar ialah Kerusi Panas, Apa Kata Anda?, Ala Carte Pagi dan Santun Bahasa.- SarawakVoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru