Sunday, May 29, 2022

Hari Lelaki Antarabangsa Sedunia hargai pengorbanan lelaki

Secara Rawak

LUNDU: Bagi menghargai sumbangan lelaki yang menjadi tunjang kepada sesebuah keluarga, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Wanita dan Keluarga (KPWKM) akan meraikan Sambutan Hari Lelaki Sedunia pada 19 November ini.

Sambutan yang julung kali seumpamanya itu merupakan susulan cadangan beberapa pihak kepada kementerian itu sebelum ini tentang perlunya sambutan berbentuk gender diseimbangkan.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Kembara Kasih@KPWKM di Stadium Lundu dekat sini, Rohani menyifatkan hari istimewa itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan lelaki sama seperti sambutan Hari Wanita sebelum ini.

“Pada masa yang sama kementerian turut bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan rumah perlindungan lelaki, terutama bagi golongan suami yang berdepan dengan krisis rumah tangga,” katanya.

Mengulas tentang bantuan kebajikan, Rohani berkata, Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kebajikan  Masyarakat (JKM) telah memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 bilion untuk melaksanakan pelbagai program bantuan kebajikan pada tahun ini.

“Menerusi peruntukan itu, kira-kira 500,000 penerima yang merupakan golongan sasar memperoleh manfaat daripada bantuan tersebut.

Malah pada tahun ini juga jelasnya, kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM66 juta bagi membantu kira-kira 110,000 golongan orang kelainan upaya (OKU) yang bekerja dan tidak bekerja.

“Meskipun ekonomi negara tidak menentu, namun kerajaan tetap memberi tumpuan kepada meningkatkan taraf hidup golongan ini.

“Pemberian peruntukan yang besar ini membuktikan bahawa kerajaan serius dalam memperkukuh institusi kekeluargaan sekali gus melonjakkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat,” tambahnya.

Majlis pelancaran kembara ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Turut hadir, isterinya Puan Sri Jamilah Anu.

Bermula dari Lundu, rombongan akan singgah di beberapa destinasi di dalam negeri seperti Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri sebelum ke Labuan, Sepanggar dan Beaufort di Sabah.

“Ia kemudian diteruskan dari Kuala Lumpur ke semua negeri di Semenanjung sebelum berakhir di Bagan Datoh, Perak pada 9 April depan,” katanya. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru