Saturday, September 24, 2022

9,185 unit rumah, 9 projek Prima bukti keakraban PM dengan KM Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pengembangan inisiatif Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ke Sarawak hari ini membuktikan bahawa hubungan akrab yang terjalin di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat amat penting dan memberi manfaat kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ia amat penting terutama dalam memastikan mewujudkan kerjasama dan situasi menang-menang hingga membolehkan projek sebesar itu dibawa ke negeri ini.

” Dalam konteks hari ini, kita telah bersetuju menerusi projek PR1MA ini, malaksanakan lapan projek perumahan membabitkan 9,185 unit kediaman, dengan kerajaan negeri bersetuju untuk menyediakan tapak tanah,” katanya sewaktu merasmikan Ekspo Rumah PR1MA @ Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, di sini petang tadi.

Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Jelas Najib, ini penting kerana menjadi misi kerajaan terutamanya PR1MA untuk membantu rakyat, terutama golongan berpendapatan sederhana, memiliki kediaman sendiri.

” Kita sebagai sebuah kerajaan melakukan sesuatu untuk menambahkan kekayaan rakyat.

” Aabila rakyat berjaya memiliki rumah seperti rumah yang dibina oleh PR1MA ini, di bawah konsep rumah mampu milik, ia membuktikan kewujudan PR1MA amat penting.

” Kalau tidak ada PR1MA, kita (rakyat) tidak mungkin dapat memiliki sebuah rumah … yang dibeli pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran,” tambahnya.

Kata Najib, memang menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan setiap rakyatnya memiliki kediaman sendiri, yang selesa dan sesuai untuk membesarkan keluarga.

” Tempat tinggal adalah sebahagian daripada keperluan kehidupan,” katanya.

Najib berkata, Kerajaan Persekutuan melalui PR1MA kini komited untuk membangunkan lebih banyak projek perumahan di negeri ini sekiranya jumlah yang sedia ada tidak mencukupi bagi menampung permintaan.

Lapan projek perumahan PR1MA yang dilaksanakan di Sarawak ialah PR1MA @ Vista Tunku, Kuching; PR1MA @ Matang; PR1MA @ Matang 2; PR1MA @ Semenggoh; PR1MA @ Sibu; PR1MA @ Petra Jaya 2; PR1MA Sungai Plan dan PR1MA @ Bintawa. – SARAWAKVOICE.COM

pr1ma x

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru