Tuesday, August 9, 2022

Pemandu dilantik menjadi presiden Myanmar

Secara Rawak

NAYPYIDAW: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itulah yang berlaku di Myanmar. Seorang pemandu bakal menjadi presiden.

Parti Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) mencalonkan bekas pemandu Aung San Suu Kyi sebagai calon presiden baharu negara itu.

Ini gara-gara perlembagaan yang menghalang Suu Kyi kerana  kahwin dengan warganegara asing.

Namun, Suu Kyi berikrar menjadi presiden sebenar. Maksudnya kedudukannya akan berada di atas presiden. Beliau dihalang menduduki jawatan tertinggi itu oleh Perlembagaan digubal tentera, ketika ia berusaha memenuhi mandat besar yang diberikan jutaan pengundi Myanmar dalam kemenangan besar NLD pada pilihan raya November lalu dengan memenangi 80 kerusi parlimen.

Htin Kyaw_0000Htin Kyaw, 69, bersekolah sama dengan Suu Kyi. Bekas pemandu beliau itu  kini membantunya dalam menguruskan yayasan kebajikannya.

Spekulasi Htin Kyaw dilantik menjadi presiden tersebar luas di Myanmar, termasuk melalui media sosial.

“Ini merupakan langkah penting dalam melaksanakan kehendak dan kemahuan pengundi yang menyokong NLD dengan penuh bersemangat,” katanya dalam kenyataan rasmi melalui laman web parti berkenaan.

“Saya ingin mencadangkan U Htin Kyaw, daripada NLD,” kata Suu Kyi.

Pemilihan tersebut turut tidak dimaklumkan kepada ahli parlimen parti  di sebalik pengaruh tentera maish mencengkam.

Pembantu kanan Suu Kyi itu bakal menjadi presiden pertama dipilih secara demokratik dalam setengah abad.

Hiy Kyaw, 69 tahun sebenarnya ialah siswazah ekonomi, penulis dan penasihat diperayai ikon demokrasi dan penerima Hadiah Nobel itu.

Dua orang calon turut dikemukakan oleh parti Union Solidarity dan Parti Pembangunan: Khin Aung Myint and Sai Mauk Kham.

Tetapi Htin Kyaw, merupakan calon pilihan yang bakal duduk di atas kerusi nombor satu meskipun hanya sebagai pemanas kerusi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru