Friday, December 3, 2021

Lelaki lemaskan diri dengan asap arang di Matang

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati disyaki akibat membunuh diri di dalam sebuah bilik di Taman Heng Guan, Matang di sini hari ini.

Mayat mangsa, Lim Un Leong, 28, ditemui dalam keadaan terbaring oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1.45 petang ini.

Difahamkan, mangsa disyaki nekad membunuh diri dengan membakar arang menggunakan dapur gas memasak di kamar tidurnya.

Mangsa juga dikatakan mengunci pintu biliknya dari dalam dan membiarkan asap memenuhi ruang biliknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 petang.

” Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah berjaya dikeluarkan oleh ahli keluarganya dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.

“Kes ini sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru