Sunday, August 14, 2022

Kabinet pecat Tun M dari Petronas

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini secara sebulat suara memutuskan untuk menamatkan khidmat mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed sebagai Pengerusi Petronas.

mahathir mohammad_0000Menurut kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri petang ini, kabinet dalam mesyuaratnya hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan Tun M, khususnya dalam melancarkan “Deklarasi Rakyat” bersama-sama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

” Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.

Kabinet kata kenyataan tersebut berpendapat, oleh kerana Tun M tidak lagi mendokong Kerajaan yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia.

“‎Dengan itu, Kabinet hari ini bersetuju secara sebulat suara untuk menamatkan perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas,” katanya. – SARAWAKVOICE.COM

KENYATAAN MEDIA

Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan “Deklarasi Rakyat” bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.
 
Kabinet berpendapat oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mendokong Kerajaan yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia.

‎Dengan itu, Kabinet hari ini bersetuju secara sebulat suara untuk menamatkan perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.
 
Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya
11 Mac 2016

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru