MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) yakin mereka akan mempertahankan dan menang di kerusi utara Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang.

Setiausaha Agungnya, Alan Ling berkata, antara kerusi yang bakal ditakluki DAP termasuklah Piasau, Pujut, Senadin, Lambir, Marudi, Mulu dan Bukit Kota.

Katanya, bagi menjayakan kemenangan ini, DAP telah bekerjasama rapat terhadap tokoh-tokoh yang bakal membawa perubahan di kerusi tersebut seperti Dr Bob Baru Langup, Dr Ting Tiong Choon dan Kong Yee Lan, seorang pengamal undang-undang.

Alan Ling DAP 2

“Ahli-ahli politik DAP telah bekerja keras di semua kerusi berkenaan dan amat yakin maklum balas yang diterima.”

Sehubungan itu tambahnya, Pakatan Harapan seharusnya membuka pintu kepada DAP untuk menawan kerusi-kerusi ini, yang sebahagiannya masih dalam genggaman Barisan Nasional.

“Nama-nama berpotensi menang ini bagaimanapun masih tertakluk kepada keputusan dan pemerhatian pimpinan atasan parti.”

Piasau dan Pujut merupakan kerusi yang dimenangi DAP pada penggal lalu menerusi Alan Lim sendiri dan Fong Pau Tek. Pau Tek kemudian dipecat kerana gagal menyumbang kepada parti, seterusnya membentuk kelompoknya sendiri yang berasaskan perjuangan “Sarawak For Sarawakian”.

Alan Ling DAP

Senadi pula merupakan kerusi kontroversi pada penggal lalu apabila ADUN BN-SUPP, Datuk Lee Kim Sin menang terhadap calon PKR, Dr Michael Teo dengan majoriti 58 undi. Ia satu-satunya kemenangan SUPP di kawasan utara Sarawak, dalam pertembungan DAP-SUPP.

Tiga kerusi lain, Lambir merupakan kerusi yang disandang Ripin Lamat dari BN-PBB, Marudi disandang Datuk Sylvester Entri Muran (BN-Teras) dan Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB).

Mulu merupakan kerusi baharu hasil persempadanan semula DUN Sarawak. – SARAWAKVOICE.COM

Alan Ling DAP 3