Tuesday, September 27, 2022

Mentari indah, dilitupi hampir 90 peratus di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: ” Cukup indah, cukup sempurna dan cukup jelas walau untuk tempoh kurang 10 minit,” kata Rambli Ahmad, exco Persatuan Astronomi Sarawak ketika melakukan pencerapan gerhana matahari pagi tadi.

Menurutnya, biarpun hujan berlaku sepanjang pagi dan awan agak tebal, namun apabila fenomena gerhana matahari separa itu berlaku, hujan berhenti dan awan tebal, perlahan-lahan menipis.

” Meskipun singkat namun saat tersebut amat bermakna. Ia pemandangan yang indah,” jelasnya ketika ditemui media selepas menyaksikan Fenomena Gerhana Separa Matahari di perkarangan Planetarium Sultan Iskandar di Dewan Suarah Kuching pagi tadi.

Pencerapan yang dihadiri lebih 50 peminat astronomi itu menggunakan teleskop Meade LX90 EMC 8 inch/203mm.

Teleskop yang digunakan untuk mencerap bintang itu menggunakan penapis cahaya bagi menghasilkan imej matahari yang lebih jelas.

Ujar Rambli, selain gerhana separa matahari ini penduduk di Sarawak juga berpeluang menyaksikan fenenomena gerhana bulan pada 23 Mac kelak.

” Tidak ramai rakyat di negara ini peka akan tarikh dan maklumat fenomena alam ini, yang boleh didapati di laman sesawang Agensi Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat, NASA.

Pada masa yang sama tambahnya, yang berminat juga boleh membuat persediaan awal dari segi peralatan yang sesuai untuk pemerhatian fenomena indah ini.

Fenomena gerhana matahari yang disaksikan Kuching pagi tadi bermula jam 8.29 pagi dengan litupan 87 peratus bayangan bulan pada matahari.

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa adalah pada bulan Januari 2010.

Fenomena seterusnya akan berlaku pada tahun 2019. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru