Friday, December 3, 2021

Ustaz kasanova gila seks kahwin 13 wanita,  disumbat 12 bulan dalam penjara

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Ustaz kasanova didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kerana mengadakan hubungan seks terlarang dengan wanita bukan isterinya.

Untuk kesalahan itu, ustaz berusia 34 tahun itu akan disumbat di dalam penjara selama 12 bulan, dan dirotan enam kali.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Haji Hussein antara Mac hingga Mei 2012.

Pada tahun lalu, Jawatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memburu  beliau kerana kesalahan kes nikah sindiket, perkahwinan tidak mengikut syarak dan mempunyai anak luar nikah.

Dalam kalangan pihak berwajib, lelaki itu terkenal dengan gelaran ‘ustaz kasanova’  dan berpura-pura alim, tetapi sebenarnya gila seks.

Dia telah berkahwin dengan 13 wanita.  Kebanyakan mangsanya pelajar universiti dan janda kaya menjadi mangsa.

Difahamkan lelaki berkenaan menggoda mangsa dengan mendakwa dia lepasan sekolah tahfiz dan masih bujang.

Banyak wanita yang tergoda, dan kemudian menyesal. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru