Friday, December 3, 2021

Kaki syabu tidak serik, dicekup untuk kali kedua

Secara Rawak

SIBU: Seorang lelaki yang baru dibebaskan dari penjara November lalu kerana kesalahan jenayah tidak serik apabila sekali lagi ditahan kerana memiliki syabu dalam dua serbuan berasingan di bandar ini Ahad lalu.

Serbuan dijalankan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada jam 11.45 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Martin Koo, berkata polis menangkap suspek berusia 51 tahun dalam serbuan serbuan pertama di sebuah rumah di Lorong Aping, Jalan Salim.

“Ketika serbuan, suspek tengah tidur di sebuah bilik di rumah itu dan pemeriksaan menemui sembilan paket syabu seberat 6.40 gram yang disimpan dalam peti besi.

dadah sibu_0000

“Suspek kemudian membawa polis ke rumah kedua di Lorong Permai Jaya 13 dan hasil pemeriksaan menemui lima paket syabu seberat 156.16 gram.

“Polis turut menemui sebuah alat penimbang dan plastik dipercayai digunakan untuk membungkus semula dadah itu. Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM40,600,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di sini, pagi tadi.

Suspek dibawa ke IPD Sibu untuk ujian air kencing dan hasil mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine.

Katanya, mengikut rekod, suspek baru dibebaskan dari penjara November lepas dan pernah ditangkap beberapa kali kerana kesalahan memiliki dadah.

“Dia juga dalam proses menunggu tarikh perbicaraan untuk satu kes cubaan membunuh di bandar ini.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan 39A(1), 12(2) dan Seksyen 14(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru