Empat rumah terbakar, 30 penghuni sekarang sehelai sepinggang

BINTANGOR: Seramai 30 penghuni daripada lima keluarga hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka terbakar dalam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Bidadari, dekat sini petang tadi.

Kebakaran kira-kira jam 4.45 petang itu memusnahkan seratus peratus empat buah rumah yang kedudukannya bersebelahan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 petang tadi.

Katanya, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor dan Sarikei segera ke lokasi kejadian.

kebakaran di bintangor_0001

kebakaran di bintangor_0000 kebakaran di bintangor_0002 kebakaran di bintangor_0003“Apabila kami tiba di lokasi kejadian, mendapati empat rumah sudah terbakar sepenuhnya.

“Kedudukan rumah yang terlalu rapat, selain struktur rumah yang dibuat daripada kayu dan angin kuat menyebabkan api cepat merebak,” katanya.

Katanya, kebakaran dipercayai bermula di rumah nombor tiga sebelum merebak ke rumah bersebelahan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan ketika ini api sudah dipadamkan tetapi bomba masih menjalankan kerja penyejukan di lokasi kejadian,” katanya. – SARAWAKVOICE.COM