MIRI: ” Siapa yang perlu rasional…sebagai wartawan…tidak perlu hormati orangkah?”

Itu kemarahan yang diluahkan Watson Nyambek dalam akaun facebooknya, Watson Nyambek Full susulan tulisan portal ini bertajuk “Watson Nyambek perlu rasional, tak perlu ugut wartawan” semalam.

Portal ini memetik saranan seorang wartawan nasional yang meminta Watson bertenang, rasional dan bersikap positif di sebalik pendedahan kisah hidupnya.

watson nyambekKatanya, sebagai wira negara, banyak hikmah diperoleh daripada pendedahan itu, terutamanya dalam meringankan beban Watson.

Dalam kata lain, Watson memberitahu, kemarahan dan ugutan untuk menyaman itu berpunca daripada tindakan tidak beretika seorang wartawan portal (bukan portal ini) yang menulis kisah sedihnya tanpa kebenaran.

” Hari itu semasa wartawan tersebut call saya kami hanya bercerita sebagai kawan…dan saya sudah bagitahu awal tolong jangan viralkan cerita saya kerana saya dan isteri belum bersedia untuk menerima impak sebesar itu.

” Tapi dia tetap berdegil dan tulis sebagai news dan viralkan,” katanya.

Watson berkata: “Kami (Watson dan isteri) call berkali-kali (dalam) satu hari dan mesej untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia tak jawab.

” Jadi siapa yang tidak rasional? Ingat saya ini jadi modal untuk news kah?!!!”

Kisah Watson mula dicungkil apabila namanya dikeluarkan dalam senarai insolvensi akhbar tempatan minggu lalu.

Pendedahan wartawan portal tersebut kemudian mendapati ia berpunca daripada kos menanggung rawatan ayahnya yang menderitai barah.

Lanjutan pendedahan itu, banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri menawarkan bantuan kepadanya.

Watson merupakan pemegang rekod kebangsaan untuk 100 meter dengan catatan 10.30 saat sejak 1998. – SARAWAKVOICE.COM

BACA JUGA:

Watson Nyambek perlu rasional, jangan ugut wartawan