#RespectMyPM bagi nyatakan sokongan kepada Najib

PETALING JAYA: Tercetus setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserang bertalu-talu oleh pengkritiknya, satu kempen dalam talian digerakkan sejak beberapa minggu lalu, bagi mempertahankannya.

Digerakkan dalam rangka kerja untuk disebarkan ke seluruh negara, kempen menerusi akaun facebook dengan hashtag “#RespectMyPM” ini mendapat sambutan pelbagai peringkat dan latar pengguna sosial.

Kempen ini meminta penyokong dan pengagum Najib untuk terus menyokong perdana menteri, dengan memuat naik poster bendera Malaysia dengan tulisan “saya rakyat Malaysia, dan saya… #RespectMyPM”.

Tinjauan sarawakvoice.com terhadap akaun tersebut mendapati, selain poster Jalur Gemilang, poster-poster dengan bendera setiap negeri turut direka bagi membolehkan penyokong dari negeri-negeri yang berbeza berkongsi poster di laman sosial masing-masing. Dan ini tidak lupa poster bendera negeri Sarawak.

irespectmypm2Memetik paparan skrin daripada facebook Pertahan Negara Kita, dinyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk rakyat bersatu menyokong Najib.

Malah ada pengguna yang menulis pada ruang komentar yang mencadangkan supaya penyokong Najib menggantikan gambar profil mereka dengan poster berkenaan untuk sepanjang bulan Mac.

Kempen berkenaan dikataka
n telah bermula sejak beberapa minggu lalu dan menjadi popular sejak deklarasi ‘Selamatkan Malaysia’ ditandatangani pada Jumaat lepas.

Deklarasi tersebut turut menampilkan gabungan tokoh-tokoh parti pembangkang, bekas Perdana Menteri, Tun Mahtahir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – SARAWAKVOICE.COM

irespectmypm3