Melayu mudah lupa,  dengan mereka yang lupa perjuangan BN

KUCHING: Dalam catatan terkini Facebook peribadinya yang jelas merupakan reaksi terhadap tindakan  Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakkan Deklarasi Rakyat, Perdana Menteri berkata “mungkin ada yang mudah lupa akan prinsip perjuangan Barisan Nasional.”

Golongan ini, kata Datuk Seri Najib Razak, “memilih bekerjasama dengan pembangkang untuk menentang kami baru-baru ini.”

Jumaat lalu, mantan Perdana Menteri yang terkenal dengan ungkapan ‘Melayu mudah lupa’ berada di atas pentas yang sama dengan seteru politiknya, termasuk Lim Kit Siang dalam usaha untuk menyingkirkan Najib dari kerusinya.

najib majlis

“Mungkin ada yang mudah lupa akan prinsip perjuangan BN dan memilih bekerjasama dengan pembangkang untuk menentang kami baru-baru ini,” tulisnya.

Kata Najib: “Insya-Allah, kita akan terus melaksanakan tanggungjawab kami dalam BN yang diamanahkan oleh rakyat.”

Najib  berkata perikatan dan kesetiaan dalam kalangan ahli parlimen BN masih tetap kukuh meskipun dihimpit pelbagai isu.

Menerusi Facebooknya itu, Najib memuat naik gambar sekitar pertemuan bersama-sama ahli Parlimen BN di Seri Perdana semalam.

Pertemuan tersebut diadakan sempena pramajlis bagi sesi Dewan Rakyat yang akan mula bersidang hari ini. – SARAWAKVOICE.COM