Monday, December 5, 2022

Guru, pelajar terperangkap kerana jambatan runtuh di SK Ulu Budu

Secara Rawak

SARATOK: Lima individu termasuk tiga kanak-kanak terperangkap di Sekolah Kebangsaan Ulu Budu dekat sini tengah hari tadi, gara-gara jambatan yang menghubungi sekolah berkenaan runtuh.

Jambatan berkenaan runtuh disebabkan banjir kilat yang melanda kawasan Ulu Budu, yang turut menenggelamkan sekolah berkenaan pagi tadi.

Menurut Penolong Pegawai Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, Balai Bomba Saratok menerima panggilan sekitar jam 12.10 tengah hari dan tiba di lokasi setengah jam kemudian.

” Pemantauan di lokasi mendapati jambatan yang menghala ke SK Ulu Budu telah runtuh menyebabkan laluan utama menuju ke sekolah tersebut terputus perhubungan.

” Oleh kerana tiada tempat yang sesuai untuk menurunkan bot, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Saratok terpaksa memohon bantuan penduduk rumah panjang terdekat untuk mengangkat bot ke tebing sungai.

Menurut Farhan, mangsa yang terperangkap di kawasan sekolah dikenali sebagai Donilla Anyai, 35, Nelson Rekan, 26, Cleopatra Angel,10, Clarissa Ashley,6, dan Bella Cassandra, 3 tajun.

” Kelima-lima mangsa yang terkandas dalam kawasan sekolah tersebut kemudian berjaya dikeluarkan dan dibawa ke tempat yang lebih selamat sekitar jam 2.30 petang,” katanya lagi.

Kata Farhan, hanya wanita yang bekerja sebagai cikgu dan keluarga itu sahaja yang berada di sekolah berkenaan ketika itu kerana cuti hujung minggu.

” Oleh kerana jambatan runtuh maka akses ke sekolah tersebut terputus, dan murid-murid tidak dapat ke sekolah hari ini.

” Ketika ini pihak Majlis Daerah Saratok sedang bertungkus-lumus menyiapkan jambatan tersebut,” katanya. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru